Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.la.lu] | ترلالو

Definisi : 1. teramat sangat, terlampau: orang menyabung ~ ramai; seekor rusa jantan sedang tidur dgn ~ nyedarnya; 2. melampaui batas, berlebih-lebihan: pemujaannya yg ~ terhadap pemerintahan Inggeris; 3. (per­buatan dll) yg tidak disengajakan, terlangsung: perbuatan engkau yg sudah ~ itu diampun­kan, yg kemudian jangan dibuat lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.la.lu] | ترلالو

Definisi : 1 amat sangat: Dia ~ ingin hendak naik kapal terbang. 2 melampaui batas; berlebih-lebihan: Ia ~ memikirkan perkara yg kecil-kecil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lalu
1. Bersinonim dengan berjalan
( melintas, melewati, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan berdaya
( larat, bertenaga, bermaya, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan kemudian
( sesudah itu, selepas itu, setelah, justeru itu, maka, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan lewat
( menjangkaui, melampaui, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlalu, melalui, melalukan, terlalu, keterlaluan, laluan,

Puisi
 

Masak bubur terlalu cair,
     Makan dicampur dengan nira;
Tanah lembah kandungan air,
     Kayu bengkok titian kera.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Hendak panjang terlalu,
     patah.

Bermaksud :

Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu hangit, b. Hendak masak langsung hangus).

 

Lihat selanjutnya...(67)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Terlalu Istimewa juara AJL21TiadaDewan Budaya1 March 2007
Terlalu IstimewaNurhazmaKonsep1 September 2008
Terlalu Banyak PencemaranHilmi RinduDewan Sastera1 July 1997
Terlalu pesimisAminah MustapaDewan Siswa1 October 1993
Terlalu Awal PagiMarsli N. ODewan Sastera1 June 1995
Terlalu LamaMohamad Haji SallehDewan Bahasa1 September 1972
"Malaysia Terlalu Bermurah Hati"Mokhtar YusofDewan Sastera1 August 2001
Malaysia Terlalu Bermurah Hati?Rozninah Abd. AzibDewan Sastera1 June 2001
Bulan Terlalu JauhJeli Bohari BihaDewan Sastera1 May 2001
Datangmu Terlalu AwalMahad A. BakarDewan Sastera1 July 2008
123456

Kembali ke atas