Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.mur] | تيمور

Definisi : 1. arah tempat terbitnya matahari; ~ laut arah di antara timur dan utara; ~ meneng­gara = ~ tenggara = ~ padang arah di antara timur dan tenggara; angin ~ = angin timuran angin yg bertiup dr sebelah timur; bintang ~ bintang Zuhrah (Kejora); 2. Asia; bangsa (benua, orang) ~ bangsa (benua, orang) Asia: baik di Barat mahupun di T~ kebanyakan bangsa mempunyai tarian klasik masing-masing; T~ Dekat negara-negara Asia yg hampir dgn benua Eropah (spt Turki dll); T~ Jauh negara-negara Asia yg terjauh dr benua Eropah (spt China, Jepun, dll); T~ Tengah negara-negara yg berhampiran dgn Terusan Suez (spt Mesir, Jordan, Syria, dll); ~ beralih ke sebelah barat prb laki-laki menurut perintah perempuan; ketimuran yg berkaitan dgn bangsa atau benua Asia, bersifat dll Timur (Asia); adat (budi pekerti) ~ adat (budi pekerti) bangsa Asia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.mur] | تيمور

Definisi : kayu ~ kulit kayu yg dibuat ubat (drpd pokok Peltophorum petrocarpum). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.mur] | تيمور

Definisi : 1 arah tempat matahari terbit. 2 Asia: bangsa ~ bangsa Asia; orang ~ orang Asia. ~ Jauh negara-negara Asia yg letaknya jauh dr benua Eropah (spt Cina, Jepun). ~ laut arah di antara timur dgn utara. ~ menenggara (tenggara) arah di antara timur dgn tenggara. ~ Tengah negara-negara yg letaknya berdekatan dgn Terusan Suez (spt Arab Saudi, Jordan, Mesir, Syria). ketimuran keadaan atau hal yg berkaitan dgn bangsa Asia atau dgn benua Asia: adat ~ adat bangsa Asia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata timur

Puisi
 

Timur mari selatan mari,
     Jangan diajak darat laut;
Hidup kita bersama mati,
     Bersama ajal dan maut.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Laksana pencalang tersarat,
     tiada ke timur tiada ke barat.

Bermaksud :

Orang yang sudah berpakaian cantik, tetapi duduk di dalam rumah saja. pencalang = perahu besar untuk memuat barang-barang dagangan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Timur lwn.TimurAndrew NagorskiDewan Masyarakat15 January 1979
Timur lwn TimurNagorski, AndrewDewan Masyarakat15 February 1979
Timur dan barat boleh bertemuDinsmanDewan Budaya1 April 1995
Timur dan barat dalam puisi modenSilkin, JonDewan Sastera15 September 1979
Timur LautNai PheeDewan Sastera15 November 1978
TimurLacaba, EmmanuelHorison1 October 1976
Timur dan BaratS. M. ZakirDewan Budaya1 November 1995
Bintang Timur Opera gulung tikarJohan JaaffarDewan Budaya1 February 2008
Angin Timur Laut: Meniup Gelombang Bahasa dan BudayaAmir NajwanPelita Bahasa1 June 2004
Wanita TimurAmi MasraMingguan Wanita14 January 2005
12345678910...

Kembali ke atas