[ti.ti/] | تيتيق
Definisi : 1. titis, derai (air dll): drpd kelopak mata-nya mengalir ~-~ air mata meminta belas kasihan; hujan masih turun setitik-setitik; 2. = bertitik keluar atau jatuh berderai-derai: hujan ~ semula dan kilat sesekali memancar; darahnya ~ ke bumi; ~ buta (Ubat) bahagian retina yg tidak peka terhadap cahaya; ~ lidah sl perkataan; ~ peluh penat lelah (usaha yg bersungguh-sungguh); ~ drpd mulutnya sl dikatakan (diucapkan, dijanji-kan, dll); ~ selera sangat inginkan (sesuatu makanan); biar ~ jangan tumpah prb biar menanggung kerugian kecil jangan menanggung kerugian besar; takut ~ lalu tumpah prb hendak meng-elakkan kerugian kecil akhirnya mendapat kerugian besar; ~ ditampung, meresap dipalit prb pemberian atau penghasilan meski sedikit pun akan diterima jua; bertitik, menitik menitis, berderai: hujan mulai menitik, mula-mula setitik-setitik kemudian mencurah-curah; dititik belah, dipalu datar prb kerosakan yg tidak dapat diperbaiki lagi; menitiki menitiskan (air dll) pd; menitikkan menjatuhkan (menyebabkan ke luar) bertitik-titik, menitiskan (air dll): doktor itu mencuci matanya dan ~ ubat ke dlm kelopak matanya; titikan titisan (air dll); penitikan perihal menitikkan sesuatu, peni-tisan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ti.ti/] | تيتيق
Definisi : 1. tanda yg bulat halus (utk menunjukkan tempat berhenti membaca, tempat tumpuan, dll), noktah: di hujung tiap-tiap ayat hendaklah dibubuh ~; 2. ki sesuatu (keadaan, perkara, hal, ketika, dll) yg penting (khusus, menarik perhatian, dll): tidak ada ertinya kami berbahas lanjut-lanjutan, tidak akan bertemu ~ pengertian; pd satu ~, pengiktirafan dan mutu tidak dapat dipisahkan; ~ api Id tumpuan pertemuan sinar yg dibalikkan atau dipecahkan oleh kanta; ~ bengik kecil, remeh, tidak penting: jangan terlalu cenderung dgn hal-hal yg ~ bengik; ~ ber-tindih tanda yg terdiri drpd dua titik bertindih (tanda :) digunakan dlm penulisan sebelum memperkenalkan atau menyenaraikan sesuatu; ~ cuali = ~ neutral (Fiz) suatu tempat di antara dua kutub magnet di mana tidak terdapat medan atau kesan magnet; ~ didih Id tingkat suhu apabila sesuatu cecair mendidih; ~ dua titik (noktah) bertindih (tanda :); ~ kata kata pemutus, keputusan; ~ koma tanda koma dgn titik di atasnya, koma bernoktah (tanda ;); ~ mata a) titik (tempat) pd sesuatu yg menjadi tumpuan pelihatan mata; b) ki sesuatu yg menarik perhatian (minat) orang ramai; ~ menengah ark titik pusat; ~ pangkal = ~ tolak perkara yg menjadi bahan atau yg digunakan utk membuka perbincangan (huraian dll) mengenai sesuatu, sesuatu yg menjadi dorongan atau permulaan bagi sesuatu (usaha, kegiatan, dll); ~ peralihan sesuatu yg menjadi atau menandakan permulaan sesuatu per-ubahan atau perkembangan baru; ~ permulaan sesuatu (hal, keadaan, kejadian, kejayaan, pengemukaan, dll) yg menjadi punca atau asas utk mencapai sesuatu yg lebih besar (yg selanjutnya); ~ perpuluhan tanda titik di antara dua rangka yg mengasingkan angka se(satuan) dgn pecahan perpuluhan; ~ persamaan unsur-unsur (bahagian-bahagian) yg menampakkan persamaan (antara beberapa pendapat dll); ~ persilangan (Mat) tumpuan pd persilangan dua garis (tempat bersilang dua garis); ~ pusat Id titik di tengah-tengah bulatan dll; ~ sentuh (Mat) tumpuan (tempat) garis kena (ber-sentuh) pd sempadan (batas) bulatan; ~ tolak = ~ pangkal; tidak tentu ~ komanya ki tidak tentu hujung pangkalnya (bkn percakapan seseorang); menitik membubuh tanda titik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ti.ti/] | تيتيق
Definisi : bertitik dipukul, ditempa; emas ~ emas yg ditempa; menitik 1. memukuli (besi, emas, dll) berkali-kali, menempa: orang yg hendak dihukum bunuh terlebih dahulu dititik semua tulang sendinya sehingga hancur; ~ emas; 2. bp memukul (kerana mendenda), merotan: kalau kau tidak ke sekolah esok aku titik sampai teruk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ti.ti/] | تيتيق
Definisi : titis atau derai air dsb. ~ peluh penat lelah atau usaha yg sungguh-sungguh. menitik jatuh setitik demi setitik (ttg air dsb); menitis: Air matanya ~ membasahi surat yg sedang dibacanya itu. menitikkan menyebabkan keluar setitik demi setitik; menitiskan. titikan apa-apa yg menitik; titisan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[ti.ti/] | تيتيق
Definisi : tanda yg bulat dan kecil (utk menandakan tempat berhenti membaca atau utk menunjukkan bahawa sesuatu ayat sudah lengkap dsb); noktah. ~ dua noktah bertindih. ~ kata kata pemutus. ~ koma tanda koma dgn titik di atasnya. ~ permulaan sesuatu peristiwa atau perkara yg menjadi punca kejadian tertentu. ~ perpuluhan tanda titik yg mengasingkan angka penuh dgn angka perpuluhan. ~ persamaan unsur(-unsur) yg menunjukkan kesamaan beberapa perkara. menitik membubuh tanda titik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[ti.ti/] | تيتيق
Definisi : ; menitik memukul besi, emas dll berkali-kali; menempa: Ia ~ besi utk dijadikan parang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)