Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tong] | توڠ

Definisi : 1. tempat (air, padi, dll) yg dibuat drpd papan kayu bulat torak bentuknya, tahang; 2. tin atau kaleng yg besar (tempat mengisi minyak dll); ~ sampah tempat membuang sampah; ~ kosong nyaring bunyinya = ~ kosong berbunyi nyaring prb orang yg bodoh itu biasanya banyak cakapnya; adakah air yg penuh dlm ~ itu berkocak, melainkan air yg setengah ~ itu juga yg berkocak prb orang yg tidak berilmu juga yg banyak cakapnya; bertong-tong beberapa banyak tong: mereka terpaksa menyimpan ~ air di rumah utk menghadapi musim kemarau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tong] | توڠ

Definisi : bunyi spt bunyi kelentongan; ® tong-tong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tong] | توڠ

Definisi : Jk singkatan bagi entong (panggilan kpd anak lelaki). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tong] | توڠ

Definisi : 1 bekas yg dibuat drpd papan. 2 tin besar tempat mengisi minyak dll: ~ sampah bekas tempat sampah dibuang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tong (kata nama)
Bersinonim dengan tin, kaleng, tahang, leger.,

Peribahasa

Madu satu tong jika rembes;
     rembesnya madu juga.

Bermaksud :

Jika asalnya naik, maka turunannya pun baik juga. rembes = meresap keluar.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Tong-tong SampahMallet-Joris, FrancoiseBahana1 August 1994
Tong Sampah dan Orang TuaShafini RaishaDewan Sastera1 July 2008
Tong SampahMomotaroDewan Budaya1 October 2001
Tong sampahTiadaDewan Siswa1 April 1982
PelayaranTong Sian WeiMastika1 February 1990
Honorarium Daripada Tong SampahSyamsul Amri NasirTunas Cipta1 April 2005
Tan Sri Lim Goh Tong pengasas empayar GentingRaja Nurul Nadiah Raja Mohd NoordinDewan Siswa1 January 2007
Menulis, menuliskan, MenulisiKho Tong EngPelita Bahasa1 May 2003
Lautan Di Kuala SenjaTong Sian WeiMastika1 September 1987
Terus MelangkahLim An TongMastika1 January 1990
123

Kembali ke atas