[tu.han] | توهن
Definisi : sesuatu (spt dewa dsb) yg dipuja oleh golongan manusia yg agama atau kepercayaan mereka tidak berasaskan kepercayaan kpd Tuhan Yg Esa; bertuhan percaya kpd atau memuja tuhan; ~ kpd memuja (mendewakan) sesuatu sbg tuhan; bertuhankan bertuhan kpd: ~ harta benda; mempertuhan, mempertuhankan menganggap (memuja) sesuatu sbg tuhan, memperdewakan sesuatu: suatu pemikiran yg ~ harta, spt pemikiran dan fahaman kapitalis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[tu.han] | توهن
Definisi : Allah yg mencipta alam semesta: Nabi Musalah yg pertama sekali dapat bercakap dgn ~ di Bukit Tursina; ~ Yg Esa Allah yg hanya satu (tunggal); bertuhan percaya kpd Tuhan; orang yg tidak ~ orang yg tidak percaya adanya Tuhan; ketuhanan 1. sifat keadaan Tuhan: Maha Suci bagi Allah yg tinggi ~-Nya dan tiada sekutu bagi-Nya; menunjukkan ~-Nya menunjukkan sifat-sifat keadaan-Nya sbg Tuhan; 2. perihal Tuhan; ilmu ~ ilmu mengenai Tuhan dan agama; 3. kepercayaan (kebaktian) kpd Tuhan, dasar percaya kpd Tuhan yg Maha Esa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[tu.han] | توهن
Definisi : Allah yg mencipta alam semesta: ~lah yg menjadikan kita semua. bertuhan percaya kpd Tuhan: ~ kpd menyembah, memuja atau mendewakan sesuatu sbg Tuhan. bertuhankan 1 percaya akan sesuatu sbg Tuhan: ~ Allah. 2 ki mendewa-dewakan; terlalu mementingkan sesuatu lebih drpd memikirkan Tuhan: ~ wang ringgit. mempertuhan menyembah atau menganggap sesuatu sbg Tuhan. ketuhanan 1 sifat keadaan Tuhan. 2 segala sesuatu mengenai Tuhan: ilmu ~ ilmu mengenai Tuhan dan agama. 3 kepercayaan atau kebaktian kpd Tuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)