Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.paya] | اوڤاي

Definisi : usaha utk mencapai sesuatu tujuan, daya usaha, akal, ikhtiar: kalaulah segala apa yg diberikannya selama ini masih belum dapat menjamin kecintaannya, maka habislah ~; seupaya-upaya, seupaya-upayanya setakat mana yg terdaya, seboleh-bolehnya, sedapat-dapatnya; berupaya 1. berusaha dgn sekuat tenaga, berdaya upaya; 2. berkebolehan, berke-mampuan, mampu, dapat, sanggup: menteri yg berkenaan sama sekali tidak ~ mencegah kenaikan harga barang keperluan sehari-hari; mengupayakan 1. mencari jalan (agar), mengikhtiarkan, mengusahakan; 2. mengambil tindakan (supaya); 3. menjadikan berupaya (mampu, boleh, dapat dsb) mencapai sesuatu, membolehkan: penerbitan senarai istilah, buku istilah dan glosari sesungguhnya telah ~ bahasa Melayu menjadi sbg wahana bagi semua bidang ilmu pengetahuan, khususnya sains dan teknologi; strukur organisasi yg ada kini hanya ~ pelaksanaan peranan secara reaktif; terupaya sanggup, mampu; tidak ~ tidak sanggup (mampu); keupayaan kesanggupan (kebolehan) utk mencapai atau melakukan sesuatu, kemampu-an: kanak-kanak mempunyai perangai, ke­cenderungan, dan ~ yg berbeza; bahasa itu sendiri perlulah mempunyai ~ utk menjadi sebuah bahasa moden; berkeupayaan mempunyai keupayaan: satu variasi yg lengkap dan sempurna, ~ memperkatakan semua gejala dlm masyarakat kita; ketidakupayaan perihal (sifat dsb) tidak berupaya, perihal tidak ada keupayaan: ~ penulis utk menjadi tokoh atau pemimpin politik; pengupayaan perihal (perbuatan, tindakan, usaha dsb) menjadikan berupaya (berke-mampuan, berkebolehan dsb) utk mencapai sesuatu: sistem yg lebih menekankan proses ~ ini telah menjadi teras kpd pembinaan keusahawanan; isu yg lebih penting ialah ~ golongan miskin ini utk mempunyai pen-dapatan yg lebih tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.paya] | اوڤاي

Definisi : usaha utk mencapai sesuatu maksud; ikhtiar: tidak ada ~ tidak ada usaha atau ikhtiar. berupaya 1 berkebolehan atau mampu membuat sesuatu: Ia tidak ~ lagi memperdamaikan mereka. 2 berusaha dgn sekuat tenaga. mengupayakan 1 mencari jalan utk mengusahakan sesuatu; mengikhtiarkan. 2 menjadikan mampu atau dpt mencapai sesuatu; membolehkan: Usaha yg dijalankan itu ~ syarikat mencapai sasaran yg ditetapkan. keupayaan kesanggupan atau kemampuan utk melakukan sesuatu. pengupayaan perihal atau perbuatan mengupayakan. seupaya-upayanya setakat yg terdaya; sedapat-dapatnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
upaya (kata nama)
Bersinonim dengan usaha, daya, daya usaha, akal, ikhtiar, kekuatan, kebolehan;,
Kata Terbitan : seupaya-upayanya, berupaya, terupaya, keupayaan, berkeupayaan,

Puisi
 

Pohon betik pohon petola,
     Dipanggil jua pohon papaya;
Adik cantik abang gila,
     Adik tak mahu apa upaya.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Tak beras antah dikisik.

Bermaksud :

Segala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b. Tak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung, c. Tak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah, d. Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu). dikisik = ditumbuk perlahan-lahan.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
OKU : Orang Kurang Upaya atau Orang Kelainan UpayaShamuni a/p ManokerenDewan Bahasa1 July 2007
Upaya mencari kata paduan dalam ayat bahasa MelayuMohd. Azemi Mohd. YusoffDewan Bahasa1 February 1998
Upaya kreativiti pengarang muda [Ulasan buku "Dari pemburu ke Terapeutik (Antologi ...H. AdryDewan Sastera1 June 2005
Upaya S. M. Zakir Merengkuh Langit: kumpulan cerpen generasi baruOthman PutehDewan Sastera1 March 1996
Tiada UpayaChew Mei PingDewan Siswa1 November 2004
Daya upaya berbicaraZakiah HanumSeri Dewi Dan Keluarga1 December 1996
Tokoh kurang upaya julang nama dalam bidang profesionalSiti HajarDewan Siswa1 November 2007
Kembalikan semula upaya bahasa MelayuCliff Akid KamijanDewan Bahasa1 December 2006
Sastera suatu upaya menerobosi kaca buram: genre cerpen sebagai bahanpenyelidikanOthman PutehDewan Sastera1 April 1992
Buka Minda Bina UpayaMahathir MohamadDewan Budaya1 March 2002
12

Kembali ke atas