Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[vi.ta.min] | ۏيتامين

Definisi : bahan organik yg sangat penting yg diperlukan oleh badan dgn jumlah yg kecil dan berperanan dlm pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit; jenis-jenisnya: A, B kompleks, B1, B2, C, dll; ~ A sj vitamin larut lemak yg diperlukan utk pertumbuhan normal, pencegahan penyakit rabun malam, dll (banyak terdapat dlm minyak ikan, hati, telur, susu, dll); ~ B1 salah satu vitamin B kompleks yg kekurangannya menye­babkan penyakit beriberi; ~ B2 salah satu vitamin B kompleks yg kekurangannya me­nyebabkan penyakit pelagra; ~ B12 salah satu vitamin B kompleks yg kekurangannya menyebabkan sj penyakit anemia; ~ B kompleks sekumpulan vitamin larut air yg terdiri drpd vitamin B1, B2, B6, B12, dll (banyak terdapat dlm bijirin, yis, hati, dll); ~ C sj vitamin larut air yg kekurangannya boleh menyebabkan penyakit skurvi (banyak ter­dapat dlm buah-buahan sitrus spt oren dan sesetengah sayuran); ~ D sj vitamin larut lemak yg kekurangannya boleh menyebabkan penyakit riket pd kanak-kanak dan kelembutan tulang pd orang dewasa (banyak terdapat dlm minyak ikan, mentega, kuning telur, dll); ~ K sj vitamin larut lemak yg diperlukan utk mening­katkan daya penggumpalan pembekuan) darah semasa berlakunya perdarahan (terdapat dlm kubis, bayam, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[vi.ta.min] | ۏيتامين

Definisi : zat yg terdapat dlm bahan-bahan makanan dan sangat penting utk tubuh: Limau kaya dgn ~ C, manakala betik kaya dgn ~ A. ~ A vitamin larut lemak yg banyak terdapat dlm minyak ikan, telur, susu, hati, dll, yg diperlukan dlm tubuh utk pertumbuhan normal, mencegah penyakit rabun malam dll. ~ B kompleks sekumpulan vitamin larut air yg terdiri drpd vitamin B1, B2, B6, B12, dll, yg banyak terdapat dlm bijirin, yis, hati, dll. ~ C vitamin larut air yg banyak terdapat dlm buah-buahan sitrus spt oren, limau, dan sesetengah sayuran (kekurangan vitamin ini boleh mengakibatkan penyakit skurvi). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata vitamin


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Vitamin E Berlebihan Penyebab Kanser Paru-paruTiadaDewan Masyarakat1 May 2008
Vitamin Melemahkan Atau Menyihatkan?Dr. Siti Balkis BudinDewan Budaya1 December 2000
Vitamin untuk pesakit asmaZaharudin A. RahmanDewan Masyarakat1 March 1988
VitaminTiadaDewan Siswa1 February 1990
Vitamin dalam pemakananMohamad Nordin Abd. KarimDewan Kosmik1 April 1995
Vitamin ATiadaDewan Siswa1 January 1986
Vitamin B kompleksTiadaDewan Siswa1 February 1986
Vitamin CTiadaDewan Siswa1 March 1986
Vitamin DTiadaDewan Siswa1 April 1986
Suplemen vitamin antara keperluan dengan kesan sampinganAsdariah MisnanDewan Kosmik1 January 2009
12

Kembali ke atas