memarak | menjadi bertambah besar (bkn api); bernyala dgn besarnya: Angin bertiup makin kencang, api bertambah ~ dan asap berpusar-pusar naik ke udara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memarak | menyala: api itu sekejap ~ sekejap malap, mengikut tekanan udara yg turun naik dlm bilik itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
marak | 1 = memarak menjadi bertambah besar (bkn api); bernyala dgn besarnya: Angin bertiup makin kencang, api bertambah ~ dan asap berpusar-pusar naik ke udara. 2 ki berkobar-kobar; bergelora dgn amat sangat (bkn perasaan, semangat dll): Semangat cinta pd bangsa dan tanah air semakin ~ dlm jiwanya. memarakkan 1 membuat menjadi marak; menjadikan bernyala besar. 2 menjadikan berkobar-kobar (bkn perasaan dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
marak | 1. = semarak cahaya, seri; naik ~ a) mulai bercahaya (berseri); b) ki mulai masyhur; c) sedang cantik (gadis dll); 2. = memarak menyala: api itu sekejap ~ sekejap malap, mengikut tekanan udara yg turun naik dlm bilik itu; 3. ki sedang memuncak (perasaan, nafsu, keinginan, dll), berkobar: cita-cita ini datang sahaja padanya dan semakin ~; memarakkan menjadikan bernyala (dgn lebih besar), menyalakan: api itu boleh di-marakkan dgn ditiup atau dikipas; kemarakan keadaan marak; semarak I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tiup | 1. hembus, hembusan (angin, udara); 2. bp sembur (jampi-jampi); tiup-tiup sj alat bunyian yg dibunyikan dgn meniup, sj wisel; bertiup 1. bergerak (angin), berhembus, me-ngalir: angin laut ~ dgn kencangnya; 2. ki merebak (khabar angin), tersebar (berita): dgn segera berita yg ~ kencang itu disampai-kannya kpd ketuanya; 3. Mn berkerumun; ~ orang melihat berkerumun orang melihat; meniup 1. mengeluarkan nafas (udara), meng-hembus: langsir merah di tingkap itu bergerak-gerak ditiup angin drpd luar; dia memarak-kan api dgn ~nya; ~ belon menggembung-kan belon dengan nafas dll; 2. membunyikan (alat bunyian dll) dgn menghembus udara menerusinya: tangan kiri memukul gendang, tangan kanan meningkah, mulutnya ~ seru-nai; pengadil permainan bola memberhentikan permainan dgn ~ wiselnya panjang-panjang; 3. = meniupi bp menyembur (bomoh yg memanterai): bomoh itu ~ku keras-keras sehingga air ludahnya menjiprat mukaku; 4. = meniup-niup ki membangkitkan, menggalakkan, mengobarkan (semangat, permusuhan, dll): beliau telah berusaha ~ semangat baru kpd pelajar-pelajar Melayu; meniupkan 1. menghembuskan: angin ~ debunga itu drpd stamen berpindah ke stigma; 2. menyemburkan (mantera), mengenakan jampi-jampi: dibaca-bacanya dan ditiupkannya tiga kali; 3. ki membangkitkan (mengobarkan) semangat, menggalakkan (per-selisihan, pertengkaran, dll): karangannya ~ semangat berkhidmat dgn tidak mementingkan diri sendiri; tiupan 1. perihal bertiup, hembusan: ~ angin pagi itu telah beransur kencang; 2. hasil meniup, bunyi (trompet dll) kerana ditiup: malam itu riuh-rendah dgn ~ trompet dan petikan gitar; 3. yg ditiup: alat ~; peniupan perbuatan meniup: ~ emosi yg kuat boleh menyebabkan orang ramai terpengaruh dgn seruan itu; peniup 1. alat yg menerusinya ditiupkan udara; 2. orang yg meniup (alat bunyian): ia bekerja sbg ~ trompet di sebuah kelab malam; ~ kaca orang yg berkemahiran meniup kaca separa lebur utk menghasilkan bentuk-bentuk tertentu, spt botol dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |