berpecah belah | 1. bercerai-berai, tidak bersatu lagi: melihat rajanya mati itu, maka seka-liannya pun ~, lalu lari cerai-berai; 2. kucar-kacir, porak-peranda: rumah tangga mereka ~ apabila ibu bapa mereka bercerai; 3. = barang ~ barang-barang tembikar (pinggan mangkuk dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pancangan | 1. pancang, pacak, tonggak; 2. yg telah dipancangkan; 3. sl tunangan: rajanya bernama Tengku Sultan Maha Mulia, ia ~ Tuan Puteri Sinar Bulan Gemilang Cahaya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tuanku | tuan yg mulia (dlm percakapan dgn raja): tersebutlah konon sebuah negeri ber-nama Bandar Muar, rajanya bernama T~ Gombong Malim Dewa; baiklah ~ tiada lama patik pergi; ~ laras Mn kepala daerah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkeadaan | (berada) dlm keadaan (kedudukan, suasana, dll): pd tahun itu negeri Selangor ~ kacau-bilau kerana perkelahian anak-anak rajanya; di hadapan gadis dia ~ canggung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beraja | 1. berlaku sbg raja, menjadi raja; ~ di mata, bersultan di hati = ~ di hati, bersultan di mata prb mengikut nafsu masing-masing; 2. ada rajanya, mempunyai raja: adat negeri itu tiada ~, Batin sahaja penghulunya; baiklah raja ini kita rajakan di sini kerana kita pun tiada ~; ~ kpd mengabdikan (menghambakan) diri kpd; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pecah belah | keadaan tidak bersatu padu (huru-hara, kacau-bilau dsb) sehingga boleh membawa kpd kehancuran, keruntuhan dsb sesuatu institusi (masyarakat, keluarga dsb): ~ boleh berlaku dlm sebuah masyarakat disebabkan oleh fahaman politik yg berlainan; ayah sekali-kali tidak mahu menjadi punca yg menimbulkan ~ sesama sendiri yg buruk padahnya nanti; berpecah belah 1. bercerai-berai, tidak bersatu lagi: melihat rajanya mati itu, maka seka-liannya pun ~, lalu lari cerai-berai; 2. kucar-kacir, porak-peranda: rumah tangga mereka ~ apabila ibu bapa mereka bercerai; 3. = barang ~ barang-barang tembikar (pinggan mangkuk dll); memecah-belahkan menyebabkan jadi pecah belah, menjadikan bercerai-berai: mereka bertujuan hendak ~ perpaduan antara kaum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pancang I | kayu (buluh dll) yg dipacakkan ke tanah (utk tempat menambat perahu, tanda sempadan, dll); ~ dirasa Kl penderitaan hidup, perasaan yg luar biasa; ~ yg empat Mn sempadan ladang di keempat-empat penjurunya; bagai ~ digoncang arus prb tidak tegas (tetap) pendiriannya (berubah-ubah mengikut mana yg kuat dll); memancang 1. memacak pancang, memasang pancang; ~ gelanggang a) membuat gelanggang tempat peraduan (menyabung ayam dll); b) kebenaran utk menyabung ayam; c) mengadakan keramaian (kerana perkahwinan dll); 2. macam pancang (tegak sahaja, tidak beralih-alih, dll): kayu itu ~ di tengah-tengah gelanggang; memancangkan 1. memacakkan pancang (galah dll) ke tanah: ~ beberapa batang tiang di pantai; 2. meletakkan atau menempatkan (tulisan dlm penerbitan dll); terpancang 1. sudah dipancangkan, tercacak: di mana ~ banyak galah, di situlah pangkalan kita; 2. ki terdiri tegak (tidak bergerak-gerak), tertumpu pd satu tempat, terpaku: Basir masih ~ di lantai; matanya ~ ke pintu kamar itu; pancangan 1. pancang, pacak, tonggak; 2. yg telah dipancangkan; 3. sl tunangan: rajanya bernama Tengku Sultan Maha Mulia, ia ~ Tuan Puteri Sinar Bulan Gemilang Cahaya; pemancangan perihal atau perbuatan memancang(kan) sesuatu: upacara ~ tiang pertama Wisma Nusantara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
raja | I 1. orang yg mengetuai dan memerintah sesuatu negara (bangsa), kepala negara (yg diwarisi): ~ Inggeris pd masa ini ialah seorang wanita; 2. kepala negeri, sultan: di Malaysia Barat lapan drpd ~-~nya bergelar sultan; 3. kepala suku (daerah): di Nusa Tenggara masih banyak ~; 4. gelaran orang bangsawan (keturunan sultan); 5. ark bp orang yg berkuasa, ketua, pemerintah: kompeni Inggeris akan kembali semula menjadi ~ di Melaka; di dlm kapalnya dialah ~, memerintah dr haluan ke buritan; kita boleh menjadi ~, boleh memerintah semua orang lelaki yg termakan budi kita; 6. orang yg besar kuasanya (pengaruhnya dll) dlm sesuatu lingkungan (spt dlm lingkungan perusahaan, kewangan, dll); ~ minyak orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan minyak; ~ getah orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan getah; 7. binatang (jin dll) yg menguasai binatang (jin dll); ~ jin; ~ laut; ~ rimba; ~ binatang singa; 8. nama buah catur yg terpenting; 9. nama kad (terup) besar yg bergambar raja; ~ agas gelaran seseorang yg berbadan kecil tetapi berani; ~ badar sj kain putih; ~ berpelembagaan raja yg pemerintahannya tertakluk pd peruntukan perlembagaan negara; ~ besar raja yg berkuasa (berpemerintahan) besar; ~ bola pemain bola yg pandai; ~ cacing orang yg sangat kurus; ~ jenang (jejenang) orang yg mengatur dlm penyabungan ayam; ~ kecil putera raja; ~ kecil besar putera mahkota; ~ kecil muda putera raja yg bongsu; ~ laut laksamana; ~ muda putera mahkota, tengku mahkota, pemangku raja yg memerintah (tanah jajahan dll); ~ penomah pemberian kpd bakal mentua; ~ permaisuri gelaran isteri raja yg memerintah sesebuah negeri (negara); ~ Permaisuri Agong gelaran utk permaisuri Yang di-Pertuan Agong; ~ putih penyakit keputihan; ~ sehari (sari) pengantin; ~ singa penyakit perempuan, sifilis; ~ wang orang yg sangat kaya; (si) ~ diraja usungan jenazah raja; ~ adil ~ disembah, ~ tak adil ~ disanggah prb raja yg adil disayangi, dan raja yg zalim dibenci; siapa pun menjadi ~ tanganku ke dahi juga prb siapa pun yg menjadi raja, dihormati juga; spt ~ dgn menteri prb bersetuju dlm segenap hal; tak ada (tiada) ~ menolak sembah prb tidak ada orang yg tidak suka dihormati; beraja 1. berlaku sbg raja, menjadi raja; ~ di mata, bersultan di hati = ~ di hati, bersultan di mata prb mengikut nafsu masing-masing; 2. ada rajanya, mempunyai raja: adat negeri itu tiada ~, Batin sahaja penghulunya; baiklah raja ini kita rajakan di sini kerana kita pun tiada ~; ~ kpd mengabdikan (menghambakan) diri kpd; beraja-raja sl bercampur (bergaul) dgn raja, hidup bersama-sama raja (tahu adat-istiadat di dlm istana): baiklah anakku, supaya engkau tahu ~; berajakan mengabdikan diri kpd, beraja kpd: segala orang Melaka terlalu sangat kasih dan setuju ~ beliau; meraja 1. spt raja, berbuat (berlaku, berlagak) spt raja; 2. ki merajalela: penyeksaan telah ~ di kampung itu; merajai 1. menjadi raja di (atas), memerintah: Sultan Muzaffar Shah mula-mula sekali ~ negeri Perak; 2. ki menguasai, mempengaruhi: hati akan ~ seluruh jiwa; ia terlalu banyak dirajai oleh perasaan; apabila cinta sudah ~ hati, segala-galanya adalah indah belaka; ~ diri menguasai diri; merajakan 1. menjadikan raja, menobat jadi raja: maka anakanda baginda yg tua itulah dirajakan menggantikan ayahanda baginda; 2. menganggap atau memandang sbg raja: ~ pangkat; kerajaan 1. negeri atau negara yg dikepalai oleh raja: ~ Malaysia; ~ Arab Saudi; 2. pemerintahan, negara: ~ Indonesia berparlimen; 3. martabat (kedudukan) raja: setelah nenda hilang, ayahanda Badanul menggantikan nenda di atas ~; 4. tanda-tanda alat kebesaran raja: pakaian ~; payung ~; takhta ~; 5. sifat sbg raja: jika tiada diketahuinya tujuh perkara, tiada layak ia naik raja dan tiada sempurna ~nya; 6. sl naik takhta, menjadi raja: jika ia ~, tiada akan sempurna negeri ini; ~ buangan pemerintahan yg dijalankan di luar negara (kerana negara ditawan musuh dll); ~ campuran pemerintahan yg anggota-anggota kabinetnya terdiri drpd berbagai-bagai golongan parti politik; ~ negeri pemerintahan negeri yg menjadi sebahagian drpd kerajaan kebangsaan atau pusat; ~ pusat pemerintahan yg bersifat kebangsaan (tidak dr negeri bahagian); ~ sementara kerajaan yg dibentuk utk memerintah atau mentadbir negara sehingga terbentuk kelak sebuah kerajaan yg sempurna menurut perlembagaan dsb; ~ sendiri pemerintahan yg setengah merdeka (pemerintahan yg mempunyai sebahagian kemerdekaan, bukan kemerdekaan penuh); ~ tempatan (Udg) sistem kerajaan yg meletakkan pentadbiran hal ehwal kerajaan pd pihak berkuasa setempat, mis majlis perbandaran dan majlis daerah; berkerajaan mempunyai kerajaan, ada kerajaannya: perubahan-perubahan yg patut dibuat bagi mencapai taraf ~ sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ada | 1. boleh didapati (ditemui, dilihat, dsb), bukan khayalan atau rekaan, wujud: ada orang yg mempercayai hantu itu ~ dan ada pula yg mengatakan ianya khayalan manusia; tidak ~ lagi binatang raksasa sekarang; 2. boleh diperoleh (didapati, dijumpai, dsb) di sesuatu tempat: gula dan kopi ~ di dlm almari itu; dia tidak ~ di rumahnya sewaktu kami sampai; 3. telah sedia, telah terkumpul dsb (utk diberi perhatian dsb): ~ banyak surat yg perlu ditandatangani; ~ kerja penting yg belum diurus lagi; 4. mempunyai: Razi ~ banyak barang mainan; tidak ~ cita-cita; 5. (masih) hidup, belum meninggal dunia: ibunya masih ~ tetapi ayahnya sudah meninggal; dia sudah tak ~ dia sudah meninggal dunia; 6. benar-benar, sungguh-sungguh, sesungguhnya (digunakan utk menguatkan kata kerja selepasnya): dia ~ pergi ke sekolah petang tadi; saya ~ menerima surat daripadanya; 7. hadir (digunakan sbg menjawab panggilan guru dll sewaktu memastikan kedatangan murid dll); 8. apakah (digunakan utk melembutkan pertanyaan): ~ encik melihat adik saya? ~ gula, ~ semut prb kalau orang kaya banyaklah kawannya; ~ air, ~ (adalah) ikan = ~ padang, ~ belalang = ~ batang, ~ cendawan tumbuh prb di mana pun kita duduk, ada rezeki; ada-ada; ~ saja a) selalu berlaku sesuatu atau timbul perkara baru dll: ~ saja yg menyebabkan penderitaannya; jarang ia di rumah, ~ saja orang datang mengajaknya berjalan; b) selalu ada sesuatu yg ditimbulkan, ada kerenahnya (ragamnya dsb): “A~ saja kau! Ada orang hendak, kau pun hendak juga!”; seada-adanya = seadanya (sekadar atau setakat) apa-apa yg ada: hidangan ~ sudah sedia; adakah 1. apakah ada (utk mengeraskan pertanyaan), ada atau tidak (tiada): soalnya, ~ terdapat novel karangannya? 2. benarkah (atau tidak), sesungguhnyakah (atau tidak): ~ kekalahannya tahun ini lebih besar drpd kekalahan tahun lalu? ~ duri dipertajam prb perselisihan yg telah ada tidak perlu diperbesar lagi; adakan mana ada, mana boleh, masakan: ~ kucing bertanduk; adalah 1. sl sesungguhnya (digunakan pd permulaan ayat, kenyataan, dsb): ~ makam ini dikurniai raja kpd aku, barang siapa hendak duduk bayarkan sewanya kpd aku; 2. ialah (utk menghubungkan sesuatu yg diperkatakan dgn huraian, penjelasan dsb yg mengenainya): hadiah itu ~ utk murid terpandai; adanya 1. perihal ada (berlaku, terdapat, dsb), wujudnya: ~ kekacauan merosakkan keadaan ekonomi; 2. demikianlah halnya: mereka itu spt adik-beradik ~; ada-adanya, ada-adanyakah mana boleh, mungkinkah: ~ ayam berkaki tiga; adapun mengenai, perihal: dapat dikemukakan bahawa ~ cerita pendek pd umumnya menceritakan hal manusia juga; berada 1. ada (di), ada atau terdapat di sesuatu tempat atau dlm sesuatu keadaan: hidupmu sedang ~ di tepi jurang kebinasaan; sewaktu kejadian itu berlaku, dia ~ di Singapura; 2. berharta, kaya: keluarganya boleh dikatakan ~ juga; berada-ada = ada-berada ada sesuatu yg tersembunyi (spt sebab, maksud, dll); kalau tidak ~ takkan tempua bersarang rendah prb tentu ada maksud tersembunyi seseorang berlaku secara luar biasa; keberadaan keadaan (sifat) berada: semua benda bersifat sementara sehingga akhirnya ~nya terletak di suatu tempat lain; mengada-ada 1. berkata (meminta, berfikir, membuat, dll) yg bukan-bukan: jangan kamu ~ saja; 2. bercakap atau menunjukkan kelakuan (gerak-geri dsb) spt menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah dsb (membuat orang meluat): sejak pulang dr luar negeri, dia sudah ~, sudah berlagak spt orang Barat; 3. Id melebih-lebihkan (sesuatu yg diperkatakan), membuat-buat, berbohong: aku tak percaya sebab dia suka ~; 4. menyusahkan (suka meminta yg bukan-bukan dsb): ah, ~nya orang ini, apa kehendak kau? mengadakan 1. menjadikan ada atau wujud, mewujudkan, menjadikan, menciptakan: Tuhanlah yg ~ seluruh alam ini; 2. mengusahakan sehingga ada (tersedia, terdapat, dsb), menyediakan: ~ wang yg diperlukan; peruntukan belanjawan utk ~ lebih banyak sekolah dan maktab teknik; 3. mengusahakan sehingga berlaku atau berjalan sesuatu (spt seminar, mesyuarat, kenduri, dll), menganjurkan serta mengurus sesuatu: ~ kursus bahasa-bahasa asing; ~ kempen kebersihan; mengada-adakan mengadakan atau menimbulkan dsb sesuatu (spt cerita, alasan, dll) yg sebenarnya tidak ada atau tidak benar, membuat-buat, mereka-reka: dia sengaja ~ cerita itu utk mendapatkan simpati drpd kawan-kawannya; keadaan 1. hal atau kedudukan (seseorang atau sesuatu) pd sesuatu ketika atau jangka waktu: pesakit itu berada dlm ~ tenat; ~ di sesebuah negara semasa berlaku peperangan; ~ hidup kaum nelayan; ~ cuaca; 2. rupa (sifat, kedudukan, dsb) sesuatu sebagaimana yg dapat dilihat: seorang pegawai polis sedang membuat catatan tentang ~ di tempat itu selepas berlaku rompakan; ~ tubuhnya tegap sasa; 3. suasana (di atau di sekitar sesuatu tempat): ~ di situ pd waktu malam senyap sunyi; berkeadaan (berada) dlm keadaan (kedudukan, suasana, dll): pd tahun itu negeri Selangor ~ kacau-bilau kerana perkelahian anak-anak rajanya; di hadapan gadis dia ~ canggung; pengadaan perihal mengadakan sesuatu: ~ kelas agama pd waktu petang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |