riasan | hasil merias; solekan: ~nya begitu menarik sekali. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rias | berkaitan dgn cara atau hal menghias diri. kaca ~ cermin utk berhias; kamar (ruang) ~ bilik tempat berhias diri; tukang ~ tukang menghias (pengantin). berias berhias (diri); bersolek: Ayu memang pandai ~. merias membuat (diri, anggota badan dsb) kelihatan cantik dan menarik; menghias; ~ mata menghias atau menyolek mata (dgn celak dll) supaya kelihatan cantik dan menarik; ~ rambut mengandam atau mendandan rambut. riasan hasil merias; solekan: ~nya begitu menarik sekali. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dandan | 1 hiasan spt solekan, pakaian: ~nya sangat istimewa. 2 jalinan (pintalan) rambut yg dibuat sbg satu fesyen: Rambutnya yg panjang itu dibuat ~. berdandan 1 berhias; bersolek: Dia asyik ~ saja. 2 berpintal atau berjalin (bkn rambut); berhias dgn dandan: Budak-budak sekolah lebih elok dan kemas jika ~. mendandan 1 menghias dgn mengenakan pakaian, solekan dll: Dia ~ pengantin itu. 2 menjalin (memintal) rambut. pendandan orang yg mendandan orang lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dandan I | hiasan (spt pakaian, solekan, dll): ~nya sungguh menarik hati; berdandan 1. berhias (diri), bersolek: petang itu dia kelihataan lebih ~; 2. berpintal rambut (perempuan): gadis sekarang lebih gemar mengeritingkan rambut drpd ~; mendandan, mendandani 1. menghiasi (dgn mengenakan pakaian, solekan, dll): dia selalu ~ pengantin di majlis perkahwinan; 2. memperlengkapi: mereka pun ~ kapal utk belayar; 3. membaiki, membersihkan (menjaga atau menguruskan supaya elok): batang-batang kacang yg menjalar itu kelihatan spt semak-semak yg sudah didandani; jalan-jalan raya yg sudah lama tidak didandani; 4. menjalin (memintal) rambut; dandanan hiasan, pakaian perlengkapan; pendandan orang yg pekerjaannya (profesionnya) mendandan (menghiasi) orang: ~nya seorang lelaki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dandan | 1. hiasan spt solekan, pakaian dll: ~nya sangat istimewa. 2. jalinan (pintalan) rambut yg dibuat sbg satu fesyen: Rambutnya yg panjang itu dibuat ~. berdandan 1. berhias; bersolek: Dia asyik ~ saja. 2. berpintal atau berjalin (bkn rambut); berhias dgn dandan: Budak-budak sekolah lebih elok dan kemas jika ~. mendandan 1. menghias dgn mengenakan pakaian, solekan dll: Dia ~ pengantin itu. 2. menjalin (memintal) rambut. pendandan orang yg mendandan orang lain. | Kamus Pelajar |
solek | (solék) 1. serba elok (pakaian, hiasan, dll); 2. cara menghias diri (dlm berbagai-bagai erti): ~nya sederhana sekali; maka dikenakan ~ helang terbang menyongsong angin; alat ~ segala yg digunakan utk menghias diri (bedak, gincu, celak, dll); bersolek 1. berhias diri (memakai bedak, mengenakan gincu, dll): Aida sedang ~ di dlm biliknya; 2. berhias dgn, menggunakan sesuatu sbg hiasan; menyolekkan mengenakan alat solek pd seseorang: mereka sama-sama mendandan dan ~ model pengantin itu; solekan hasil bersolek atau menyolekkan: gadis itu mengenakan ~ yg nipis saja; persolekan perihal bersolek: sudah ramai wanita Melayu yg mendapat ijazah dlm ilmu ~; pesolek (orang yg) suka bersolek: dia ~ benar orangnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hias | ; almari ~ almari bercermin tempat menyimpan barang-barang perhiasan dll; tukang ~ orang yg kerjanya menghias, juruhias; berhias 1. = ~ diri berdandan diri dgn pakaian (barang kemas dsb) yg cantik, berkemas diri dgn barang yg indah-indah: Bendahara Seri Maharaja pun terlalu baik rupanya lagi sangat ~; janda ~ janda yg belum beranak (dibenarkan berpakaian pengantin apabila berkahwin lagi); mandi ~ upacara mandi sebelum pengantin perempuan dinikahkan; 2. = berhiaskan diperindah (diperelok) dgn: tangga rumahnya ~ pasu-pasu bunga; menghias menjadikan sesuatu lebih cantik atau elok (dgn barang yg indah-indah, gambar, solekan, dll): orang perempuan spt Cik Mahaya ini, memang pintar ~ kamar; menghiasi menyebabkan kelihatan lebih cantik atau elok: nasi adap-adapan yg dihiasi emas pun diangkat oranglah ke hadapan baginda; lampu berwarna-warni ~ rumahnya; senyuman yg manis ~ wajahnya; menghiaskan mencantikkan (mengindahkan) dgn sesuatu: dia ~ sebutir kerosang pd bajunya; terhias telah dihiasi dgn sesuatu: pandangannya kadang-kadang beralih kpd jambangan bunga yg ~ indah di atas meja; hiasan segala yg digunakan utk menghiasi sesuatu: sekeping gambar wanita telah dijadikan ~ kulit majalah itu; ~ dalaman seni menghias dan melengkapi perabot sesebuah rumah, pejabat, dll; perhiasan sesuatu yg digunakan utk berhias atau menghias: Raja Ahmad pun diarak oranglah bergajah dgn selengkap ~ pakaian segala raja-raja; penghiasan perihal (perbuatan, proses dsb) menghias, menghiasi atau menghiaskan: beliau merancangkan ~ semula rumahnya; penghias 1. tukang hias, juruhias; 2. yg menghiasi sesuatu: ukiran-ukiran tradisional ~ ruang tamunya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |