Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ramai (adjektif)
1. Bersinonim dengan bising: riuh, hiruk, hingar, riuh-rendah, hiruk-pikuk, gegak-gempita, hingar-bingar, laguh-lagah, becang-becok,
Berantonim dengan sunyi

2. Bersinonim dengan meriah: ceria, gembira, riang gembira,
Berantonim dengan sugul

3. Bersinonim dengan giat: aktif, cergas, sibuk, racau,
Berantonim dengan lembap

4. Bersinonim dengan hebat: dahsyat, luar biasa,

5. Bersinonim dengan banyak: sejumlah besar, berbondong-bondong, berpusu-pusu, bersesak-sesak, berduyun-duyun, berasak-asak, berhimpit-himpit,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : seramai, beramai-ramai, meramaikan, keramaian,

Puisi
 

Anak lutung di pokok jelutung,
     Anak mawas di pokok ara;
Ramai-ramai kita berpantun,
     Kerana memuja teruna dan dara.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Bunyi Cina karam.

Bermaksud :

Ramai (= riuh) sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai bunyi perempuan di air).

 

Lihat selanjutnya...(20)

237

Old habits die hard

Tabit atau amalan yang sudah menjadi kebiasaan sukar diubah.

Hendak meluruskan anjing

People would still prefer to queue up to buy their tickets at the counters. When asked why they were reluctant to use the ticket-vending machines, their response was "troublesome". It is true : old habits die hard.

Orang ramai masih suka beratur untuk membeli tiket di kaunter. Apabila ditanya mengapa mereka keberatan hendak menggunakan mesin tiket, jawapan mereka, ''menyusahkan''. Benarlah : hendak meluruskan anjing.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(40)

Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
jongok angok[dZ:.N/ A.N/] keadaan orang ramai yang sedang melihat sesuatu dengan asyik sekali.Dok tengok gapo gak jongok angok tu.[do/ tE.N/ g:A.p gA/ dZ:.N/ A.N/ tu]Sedang tengok apa ramai-ramai tu.
brate[bÄA.tE]kata kerjamembuat sesuatu pekerjaan secara beramai-ramai, bergotong-royong, bersama-sama, berpakat.Krijo tu kalu buwak brate mesti cepak sudoh.[kÄi.dZ tu kA.lu bu.wA/ bÄA.tE m«s.ti tS«.pA/ su.dh]Kerja tu kalau dibuat bersama-sama mesti cepat siap.
bojeng[b:.dZEN]kata kerjagunting rambut.Lo ni, rama budok tino bojeng pendek mace ore jate.:: Sekarang ni, ramai budak perempuan gunting rambut pendek seperti lelaki.
loni[l:.ni]kata namasekarang.Budok loni rama tok ikok kato mok pok.[bu.d/ l:.ni ÄA.mA t/ i.ko/ kA.t m/ p/]Budak-budak sekarang ni ramai yang tak ikut nasihat ibu bapa.
mulok udoh[mu.lo/ u.doh] orang yang suka mencarut, mulut celupar.Rama ore tok suko ko diyo pasa mulok udoh.[ÄA.mA .ÄE t/ su.k k di.j pA.sA mu.lo/ u.doh]Ramai orang tak menyukainya kerana mulut celupar.
puing[p:uiN]kata kerjameronta-ronta (untuk melepaskan diri), berpusing-pusing.Lembu tu puing nok lari maso ore igak diyo.[l«m.bu tu p:uiN n/ lA.Äi mA.s .ÄE i.gA/ di.j]Lembu tu meronta-ronta nak lari ketika orang ramai hendak menangkapnya.
berek-berek[b«.ÄE/.b«.ÄE/]kata adjektifberkenaan hujan dalam keadaan turun yang berterusan.Rama budok tok leh gi skoloh ari nih sebak uje berek-berek jok smale lagi.[ÄA.mA bu.d/ t/ leh gi sk.lh A.Äi nih s«.bA/ u.dZE Ramai budak tak boleh pergi sekolah hari ni sebab hujan berterusan sejak semalam lagi.
selambok[s«.lAm.bo/]kata namasejenis permainan tradisional kanak-kanak perempuan yang menggunakan beberapa biji buah guli yang dilambung-lambung.Rama budok tino dok maeng selambok atah seming tepi rumoh.[ÄA.mA bu.d/ t:i.n do/ m:AeN s«.lAm.bo/ A.tAh s«.miN t:«.pi Äu.mh]Ramai budak perempuan main selambut di atas simen tepi rumah.
jebeng[dZ«.beN]kata namabulu yang tumbuh pada pipi di depan telinga, jambang.Jebeng Pok Ali lebak sungguh, pasa tu budok- budok takok ko diyo.[dZ«.beN p/ A.li l«.bA/ suN.guh pA.sA tu bu.d/.bu.d/ tA.ko/ k di.j]Jambang Pak Ali lebat sungguh, sebab tulah ramai budak takut padanya.

Kembali ke atas