Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.khir] | اخير

Definisi : 1. kemudian sekali, penghabisan: per­kataan itu terdapat pd baris ~ halaman itu; ikhtiar­nya yg ~; peringkat ~ pelaksanaan projek; ~ minggu hujung minggu (hari Sabtu petang sampai hari Ahad); ~ musim peng­hujung musim; ~ zaman a) sl zaman sekarang ini; b) penghabisan; 2. = ~ sekali = terakhir paling kemudian, terkemudian (sekali): itulah kali ~ saya bertemu dengannya; 3. yg diada­kan terkemudian sekali (sbg penamat): per­tan­dingan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.khir] | اخير

Definisi : 1 = terakhir di hujung atau di belakang sekali letaknya; terkemudian; terkebelakang: Ayat yg ~ dlm karangan itu lebih baik dibuang saja. 2 bahagian atau tempoh yg kemudian sekali; penghabisan; kesudahan: Pd ~ tahun ini, saya akan melancong ke luar negara. akhirnya, = akhir-akhirnya kesudahannya: ~ mati juga anjing yg dilanggar kereta itu. berakhir sampai ke akhirnya; selesai; habis: Cuti sekolah telah ~ pd pertengahan bulan April. mengakhiri menaruh atau menempatkan kemudian; mengundurkan (waktu). akhiran penambah (spt -an, -i, -kan) yg terdapat di hujung sesuatu perkataan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akhir

Puisi
 

Jika dituju selepas berlari,
     Akhir kumbang beranak telur;
Jikalau diturut hatiku ini,
     Akhirnya padang menjadi kubur.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Awal dibuat,
     akhir diingat.

Bermaksud :

Sebelum membuat sesuatu pekerjaan hendaklah difikirkan masak-masak supaya selamat pekerjaan itu.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
suk[su/]kata kerjahujung, akhir.Diyo gi sapa suk kapong, tok jupo jugok kambeng diyo.[di.j gi sA.pA su/ kA.poN t/ dZ:u.p dZu.g/ kAm.beN di.j]Dia pergi sehingga ke hujung kampung, tak jumpa juga kambingnya.
gusuk[g:u.su/]kata namatempat terakhir (dalam pertandingan, pertaruhan dan lain-lain), kedudukan yang paling rendah, corot; boh, ngesuk.Mung ni buleh nombo gusuk sokmo kalu prekso.[muN ni bu.leh nm.b g:u.su/ s/.m kA.lu pÄE/.s]Kamu ni selalu dapat nombor akhir dalam peperiksaan.
boh[b)h]kata namatempat terakhir (dalam pertandingan, pertaruhan dan lain-lain), kedudukan yang paling rendah, corot; gusuk, ngesuk.Tebeng la malah ngaji, mung masok kelah boh la.[t«.beN lA m:A.lAh N:A.dZi muN mA.so/ k«.lAh b)h s«.kA.li]Cubalah malas belajar, nanti kamu akan masuk kelas akhir sekali.

Kembali ke atas