Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ang.go.ta] | اڠݢوتا

Definisi : 1. bahagian tubuh, terutama tangan dan kaki: duduk membongkok tidak menye­nang­kan ~ badannya; 2. ahli (sesuatu pasukan, pertubuhan, golongan, dll): ~-~ pasukan bomba bergesa-gesa ke tempat kebakaran itu; ~ perwakilan asing; ~ polis; ~ tentera; beranggota mempunyai anggota; beranggotakan mempunyai sbg anggota atau ahli; menganggotai menjadi anggota (sesuatu perkumpulan, pertubuhan, dll): pertubuhan itu dianggotai oleh peminat-peminat pel-bagai seni; Jabatan Pengajian Islam terus ~ Fakulti Sastera dan Sains Sosial; keanggotaan perihal menjadi anggota, ke­dudu­kan (hak) sbg anggota, keahlian: komunis China menuntut ~nya diterima dlm Bangsa-Bangsa Bersatu; ~ negara itu dlm per­tubuhan tersebut dicabar oleh beberapa buah negara anggota yg lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.go.ta] | اڠݢوتا

Definisi : 1 bahagian tubuh (terutamanya tangan dan kaki): ~nya terasa sakit-sakit setelah ikut serta dlm perlumbaan jalan kaki. 2 orang yg turut serta dlm sesuatu pertubuhan (syarikat, kesatuan dll): Ayahnya ~ polis. menganggotai menjadi anggota dlm sesuatu pertubuhan dsb: Beberapa orang kenamaan telah turut ~ syarikat kerjasama itu. keanggotaan hal menganggotai sesuatu pertubuhan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anggota

Peribahasa

Tangan yang celaka kerja jatuh.

Bermaksud :

Mendapat kerugian kerana perbuatan anggota keluarga yang tidak bertanggungjawab.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
srebe[sÄ«.bE]kata namasemut-semutan pada anggota (kerana lama terhimpit dan sebagainya), sengal-sengal tulang, kebas.Srebe kaki ambo, dok selo lamo.[sÄ«.bE kA.ki Am.b do/ s:E.l lA.m]Kebas kaki saya kerana duduk bersila lama.
polek II[p:.lE)/]kata adjektifberkenaan sesuatu anggota badan, benda dan lain-lain yang diseliputi dengan sesuatu yang melekit (seperti lumpur, gam dan lain-lain).Tange adek abih nyo polek ko ge.[tA.NE A.de/ A.bih ø p:.lE)/ k gE]Tangan adik habis diseliputi gam.
nyetok[ø:E.t/]kata namasejenis penyakit yang datang dengan tiba-tiba menyebabkan anggota menjadi kaku, kejang dan lain-lain.Mok Teh tok leh nok wak gapo ari ni, pasa nyetok orak pagi takdi.[m/ teh t/ leh n/ wA/ g:A.p A.Äi ni pA.sA ø:E.t/ .ÄA/ pA.gi ttA/.di]Mak Teh tak dapat melakukan sesuatu hari ni, kerana tersalah urat pagi tadi.

Kembali ke atas