Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.gai.ma.na] | باݢايمان

Definisi : 1. kata tanya (menanyakan hal), betapa: ~ keadaan budak yg sakit itu sekarang? 2. dgn cara apa, dgn jalan apa: parlimen menjaga dan mengawal ~ wang orang ramai dipungut dan dibelanjakan; ~ juga bagaimanapun;sebagaimana seperti (yg dikehendaki dll), sama (halnya) dgn, seperti mana: sekolah itu dapat memberi pendidikan ~ yg dikehendaki;bagaimanapun biar apa pun yg terjadi;dibagaimanakan dipengapakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.gai.ma.na] | باݢايمان

Definisi : kata yg digunakan utk menanyakan keadaan atau cara: ~kah kamu membuat kira-kira ini? sebagaimana seperti (yg ada, yg dikehendaki, yg dirujuk dsb); sama halnya dgn: Dia melakukannya ~ yg dikehendaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bagaimana

Puisi
 

Bagaimana mencucuk manik,
     Manik dicucuk di pagi hari;
Abang adik silalah naik,
     Itu air membasuh kaki.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Bagaimana rupa begitulah bayangnya.

Bermaksud :

Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bapa burik anaknya tentu rintik).

 

Lihat selanjutnya...(30)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
guwano[gu.wA.n]kata tugaskenapa, bagaimana.Guwano demo dok kelih ko kawe jah.[gu.wA.n dE.m do/ k«.leh k kA.wE dZAh]Kenapa kamu memandang saya sahaja.
selak[s«.lA/]kata tugassekiranya, kalau, jika, jikalau.Mung tok gi skoloh ni, selak cekgu tanyo mung nok jawak guwano.[muN t/ gi sk.lh ni s«.lA/ tSE/.gu tA.ø muN n/ dZA.wA/ gu.wA.n]Kamu tak pergi ke sekolah ni, kalau cikgu tanya bagaimana kamu nak jawab.

Kembali ke atas