Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.nya/] | باڽق

Definisi : 1 besar jumlahnya: Sekarang ini ~ orang perempuan yg menjadi anggota polis. 2 jumlahnya; bilangannya: Saya tidak tahu berapa ~ wang yg disimpannya di bank. berbanyak-banyak dgn bilangan yg banyak: Patik ~ menjunjung kasih kerana anugerah tuanku kpd patik. membanyakkan menjadikan banyak: Projek ‘Buku Hijau’ bertujuan ~ bahan makanan. memperbanyak menjadikan lebih banyak: Utk ~ susu dan dagingnya, lembu itu telah dikacukkan. kebanyakan 1 sebahagian yg banyak; jumlah yg terbesar: Kambing kampung ~nya dipelihara oleh orang Melayu dan orang India. 2 biasanya; umumnya: ~, asal belajar tentu pandai. 3 biasa: orang ~ orang biasa. pembanyakan perihal atau perbuatan membanyakkan. sebanyak sama banyak dgn: Wang saya tidak ~ itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata banyak

Puisi
 

Banyak-banyak bintang tinggi,
     Ada sebiji bintang tembaga;
Banyak-banyak orang di sini,
     Ada seorang berkenan di mata.


Lihat selanjutnya...(195)
Peribahasa

Menggeriak bagai anak nangui.

Bermaksud :

Banyak sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai anak nangui). geriak = berkerumun banyak-banyak.

 

Lihat selanjutnya...(160)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
pong[poN]kata kerjamengampu seseorang untuk mendapatkan sesuatu daripadanya, bodek.Kalu mung nok suroh diyo buwi pitih gak, mung pong banyok la diyo.[kA.lu muN n/ su.Äoh di.j bu.wi pi.tih gA/ muN poN b:A.ø/ lA di.j]Kalau kamu nak suruh dia beri duit, kamu bodeklah dia banyak-banyak.
sake[sA.kE]kata namabanyak.Sake mung beli sayo ari ni.[sA.kE muN b:«.li sA.jo A.Äi ni]Banyak kamu beli sayur hari ni.
jenuh[dZ«.nuh]kata adjektifbanyak.Dale sunga dekak rumoh demo tu jenuh ike.[dA.lE su.NA d«.kA/ Äu.mh dE.m tu dZ«.nuh i.kE]Dalam sungai dekat rumah awak tu banyak ikan.
blana kokna[blA.nA k/.nA] terlalu banyak, melimpah ruah.Buwoh paoh depe rumoh Mok Ani blana kokna dok abih nok make.[bu.wh pAoh d:«.pE Äu.mh m/ A.ni blA.nA k/.nA d/ Buah mempelam depan rumah Mak Ani banyak sangat hingga tak termakan.
cemok[tS:«.m/]kata tugaskata untuk menanyakan jumlah contohnya sebanyak mana, berapa banyak.Cemok mano mung buboh gare dale gula ni, maseng perak.[tS:«.m/ mA.n muN bu.boh gA.ÄE dA.lE gu.lA ni mA.seN p: «.ÄA/]Berapa banyak kamu masukkan garam dalam gulai ni, masin sangat.
riyok[Ä:i.j)Ö]kata namajumlah yang sangat banyak (tidak dapat dibilang seperti ulat dan lain-lain).Ulak dale ike busuk tu riyok banyok.[u.lA/ dA.lE i.kE bu.su/ tu Ä:i.j)Ö bA.ø/]Ulat dalam ikan busuk tu sangat banyak.
jebok[dZ:«.b/]kata kerjamelimpah keluar kerana terlampau banyak (berkenaan cecair), menggelegak keluar.Gula dale puyok tu jebok tubek, pasa banyok tlajok.[gu.lA dA.lE pu.jo/ tu dZ:«.b/ tu.be/ pA.sA bA.ø/ tlA.dZ/]Gulai dalam periuk tu melimpah keluar, kerana terlampau banyak.
jeboh[dZ:E.bh]kata adjektifberkenaan buah rambutan yang terlalu banyak.Buwoh mokte tu sambe, pasa piye jeboh.[bu.wh m/.te tu sAm.be pA.sA pi.jE dZ:E.bh]Buah rambutan tu menjadi buruk kerana musim ini terlalu banyak buah.
aya[A.jA]kata adjektifberkenaan perangai, tingkah laku yang banyak kerenah atau ragam, biasanya kanak-kanak.Budok tu banyok aya, sebak tu keno maroh ko ayoh diyo.[bu.d/ tu bA.N/ A.jA s«.bA/ tu k«.n mA.čh k ]Budak tu banyak kerenah, sebab tu dia dimarahi ayahnya.
kededek[k«.dE.dE/]kata adjektifberkenaan sesuatu yang banyak tidak habis seperti makanan yang tidak habis dimakan atau dijual.Gula bekwoh rumoh diyo tu, kededek tok abih.[gu.lA b:E/.wh Äu.mh di.j tu k«.dE.dE/ t/ A.bih]Gulai kenduri di rumah dia tu, banyak tak habis.
123

Kembali ke atas