Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1 tidak salah; tidak keliru; betul: Hitungan yg dibuatnya itu ~. 2 amat; sangat, sungguh; sekali: Mahal ~ buku ini. membenarkan 1 menyatakan ia atau sah; menyungguhkan; mengakui: Ali menganggukkan kepalanya sbg tanda ~ kata-kata kawannya itu. 2 memberi izin; membolehkan: Tuan tanah itu tidak ~ sesiapa pun melintasi kawasannya. kebenaran 1 sesuatu yg benar; sesuatu yg sungguh-sungguh ada atau betul: Banyak perkara mustahil ttg atom yg telah dibuktikan ~nya dgn percubaan-percubaan sains. 2 kelulusan utk membenarkan; izin: Sebelum diadakan perundingan dgn Sultan, Belanda meminta ~ hendak membawa kapal mereka mudik ke Sungai Riau. 3 keadaan benar atau cocok dgn hal yg sesungguhnya: ~ khabar itu masih disangsikan lagi. pembenaran perbuatan atau hal membenarkan. sebenarnya 1 sebetulnya; sesungguhnya; nyatanya: ~ sudah dua tahun aku tinggal di sini. 2 memang begitulah halnya; demikianlah: ~lah yg kamu katakan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benar

Puisi
 

Kalau tuan memburu landak,
     Saya membeli batu berkati;
Kalau puan benar-benar hendak,
     Cuba-cuba meninggal laki.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Bulat segiling,
     pecak setapik.

Bermaksud :

Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan, b. Pipih [= pecak] boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan). pecak = pipih.

 

Lihat selanjutnya...(57)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
lek-lek[lE)/.lE)/]kata adjektifbenar-benar, betul-betul, sungguh-sungguh.Takdi ambo tengok lek-lek bendo tu dok ado sini.[tA/.di Am.b tE.N/ lE/.lE/ b«n.d tu do/ A.d s:i.ni]Tadi saya tengok betul-betul benda tu ada di sini.
ho[h)]kata tugaskata untuk menyatakan benar (setuju), ya, memang benar, betul.Mung ni ore royak gapo pong ho blako.[muN ni .ÄE č.jA/ g:A.p poN h))) blA.k]Kamu ni, orang kata apa pun mengiakan belaka.
sengoti[s«.N.ti]kata adjektifbetul, benar, sungguh, sahih.Aku royak ko mung ni crito sengoti, buke blawok.[A.ku Äo.jA/ k muN ni tSÄi.t s«.N.ti bu.kE blA.w/]Saya beritahu kamu ni cerita yang benar bukan bohong.
mecak[m:e.tSA)/]kata kerjateringin benar akan sesuatu, terliur.Ore tino ngide tu, mecak tengok putik paoh.[.ÄE t:i.n N:i.dE tu m:«.tSA/ tE.N/ pu.ti/ pAoh]Perempuan mengidam tu, terliur apabila melihat buah mempelam muda.
he[hE]kata tugaskata untuk mengatakan benar, setuju (secara halus).He, yo la tu, hok mung kato.[hE j lA tu h/ muN kA.t]Ya, betullah tu apa yang kamu kata.
blawok[blA.w/]kata kerjabercakap sesuatu yang tidak benar, berbohong, berdusta; pelawok.Kito ore Isle ni tok leh blawok, nati Tuhe maroh.[ki.t .ÄE is.lE ni t/ leh blA.w/ nA.ti tu.hE mA.čh]Kita orang Islam ni tak boleh berbohong, nanti Tuhan marah.
pelawok[p«.lA.w/kata adjektifbercakap sesuatu yang tidak benar, berbohong, berdusta; blawok.Mung jange dok pelawok gak ko mok pok.[muN dZA.NE do/ p«.lA.w/ gA/ k m/ p/]Kamu janganlah berbohong dengan ibu bapa.
babak II[b:A.bA/]kata adjektifberkenaan perasaan yang ingin benar akan sesuatu, kemaruk.Mung tu babak nok bini la tu dok sebok ari-ari.[muN tu b:A.bA/ n/ b:i.ni lA tu do/ s«.bo/ A.Äi.A.Äi]Kamu tu kemaruk nak beristeri la tu, asyik sebut setiap hari.
jolo[dZo.lo]kata tugaskata penegas untuk menunjukkan memang demikian halnya, sungguh, sah, benar.Jolo doh, tu ayoh Mamak ngaeh ike.[dZ.l dh tu A.jh mA.mA/ N:Aeh i.kE]Benarlah, itulah ayah Mamat peraih ikan.
laeh[lA/.eh]kata adjektiftidak bermaya, letih.Tok We napok laeh bena lo ni.[to/ wE nA.p/ lA/.eh b«.nA l: ni]Tok Wan nampak letih benar sekarang ni.
12

Kembali ke atas