Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ben.da] | بندا

Definisi : 1 sesuatu yg tidak diketahui benar-benar; apa-apa saja yg dikira secara umum; barang: Apa ~nya yg engkau bawa itu? 2 barang-barang yg berharga; harta: Arwah ayahnya tidak meninggalkan ~ apa jua pun. 3 segala yg berbentuk dan dpt dilihat serta dipegang; lwn roh. ~ hidup segala benda yg bernafas atau yg dpt bergerak. ~ mati segala benda yg tidak bernafas atau tidak bergerak. kebendaan 1 apa-apa yg berupa atau yg bersifat benda; yg mengenai benda. 2 yg bersifat mementingkan harta benda: golongan yg terlalu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benda

Puisi
 

Apa benda dalam pasu,
     Rebus ketupat jadi batu;
Kalau berniaga kongsi bisu,
     Jangan untung rugi tak Berniaga/untung


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Kain pendinding miang,
     wang pendinding malu.

Bermaksud :

Segala sesuatu hendaklah digunakan pada tempatnya, supaya dapat mengambil faedah daripada benda-benda itu.

 

Lihat selanjutnya...(24)

13

A bad workman always quarrels with his tools

Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula.

Sebab tak tahu menari, dikatakan lantai tinggi rendah.

She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always quarrels with his tools.

Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah sebab tak tahu menari, dikatakan lantai tinggi rendah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
goni[g:.ni]kata namabenda ini, hal ini.Kalu goni aku nok, kalu mugo laeng aku tokse.[kA.lu g:.ni A.ku n/ kA.lu mu.g lAeN A.ku t/.se]Kalau benda ni aku nak, kalau benda lain aku tak nak.
gotu[g:o.tu]kata namakata kiasan yang digunakan untuk merujuk pada benda, barang, perkara, binatang, orang.Mok sipe gotu mano?[m/ si.pE g:.tu m:A.n]Mak simpan benda tu di mana?
gapo[g:A.p]kata tugaskata untuk menanyakan nama (jenis, sifat dan lain-lain), apa benda.Gapo dale supek atah jemore tu.[g:A.p dA.lE su.pe/ A.tAh dZ«.m.ÄE tu]Apa benda dalam beg plastik di atas beranda tu.
   2. menghantuk, memukul (orang atau benda).2 Kerah beto buoh ni, andah ke dindeng tok pecoh.[]2. Keras betul buah ni, hantuk ke dinding pun tak pecah.
mugo[mu.g]kata namaganti nama untuk benda, barang, perkara, binatang, orang.   
polek II[p:.lE)/]kata adjektifberkenaan sesuatu anggota badan, benda dan lain-lain yang diseliputi dengan sesuatu yang melekit (seperti lumpur, gam dan lain-lain).Tange adek abih nyo polek ko ge.[tA.NE A.de/ A.bih ø p:.lE)/ k gE]Tangan adik habis diseliputi gam.
depek[d:E.pE)/]kata adjektifberkenaan dua orang atau benda dalam kedudukan yang sangat rapat.Budok tu dok depek sokmo denge mok diyo.[bu.d/ tu d/ d:E.pE)/ s/.m d«.NE m/ di.j]Budak tu sentiasa duduk berdekatan dengan maknya.
come lote[tS.mE l:.tE] berkenaan wajah perempuan, bangunan, benda, pemandangan dan lain-lain dalam keadaan yang cantik.Anok tino demo gak, come lote blako.[A.n/ t:i.n dE.m gA/ tS.mE l:.tE blA.k]Anak perempuan awak semuanya cantik-cantik.
gong II[gN]kata adjektifbodoh, dungu.Bakpo mung ni gong sangak, ore suroh wak mugo laeng, mung wak mugo laeng.[bA/.p muN ni gN sA.NA/ .ÄE su.Äoh wA/ mu.g lAeN muN wA/ mu.g lAeN]Kenapa kamu ni bodoh sangat, suruh buat benda lain, kamu buat benda lain.
lola[l.lA)]kata adjektiftidak berhati-hati, gopoh.Mung ni lola, bendo besa tu nyo sepak buleh.[muN ni l.lA) b«n.d b«.sA tu ø s«.pA/ bu.leh]Kamu ni gopoh, benda sebesar tu disepaknya.
12

Kembali ke atas