Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.di.kit.di.kit] | برديکيت - ديکيت

Definisi : 1. sedikit demi sedikit: wang­nya telah dikumpulkan secara ~; 2. ber­­hemat, ber­hati-hati (bkn wang dll): mereka boleh hidup sederhana dgn ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.di.kit.di.kit] | برديکيت - ديکيت

Definisi : 1 sedikit demi sedikit: Hartanya dikumpulkan ~. 2 berhati-hati atau berhemat (bkn wang dll): Dia membelanjakan wangnya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdikit-dikit

Peribahasa

Hendak kaya berdikit-dikit,
     hendak tuah (= mulia) bertabur urai,
hendak berani berlawan ramai.

Bermaksud :

Hemat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani.

 

Lihat selanjutnya...(5)

366

Many a little makes a mickle

Duit yang sedikit jika disimpan lama-kelamaan akan menjadi banyak juga.

Berdikit-dikit lama-lama jadi bukit.

''One day, I'll drive that car out of this showroom,'' she said full of determination. ''But, you don't earn that much,'' I said. ''Many a little makes a mickle, doesn't? I'll save whatever I have to own it even though it may take years'' she answered.

''Satu hari nanti, aku akan memandu pulang kereta itu,'' kataku dengan penuh keazaman tatkala berkunjung ke bilik pameran tersebut. ''Tapi, gaji kau taklah banyak,'' kataku. ''Bukankah berdikit-dikit lama-lama jadi bukit? Aku akan menyimpan semua duit yang aku ada untuk memilikinya walaupun mengambil masa bertahun-tahun lamanya,'' jawabnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
brecek[bÄE.tSE/]kata kerjamembuat sesuatu secara beransur-ansur (berkenaan tabiat yang tidak disukai) berdikit-dikit, lambat-lambat.Kalu wak brecek, bilo nok siak krijo mung.[kA.lu wA/ bÄE.tSE/ bi.l n/ si.jA/ kÄi.dZ muN]Kalau buat lambat-lambat, bila hendak siap kerja kamu tu.

Kembali ke atas