Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ja.lan] | برجالن

Definisi : 1 bergerak dgn melangkahkan kaki: Tiap-tiap pagi, dia ~ ke sekolah. 2 bergerak dr satu tempat ke satu tempat: Kereta itu ~ perlahan-lahan. 3 berlangsung; berlaku: Mesyuarat itu ~ spt yg dijadualkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,

Puisi
 

Berjalan kaki menuju ke paya,
     Singgah sekejap menggali cacing;
Wahai tuan saya bertanya,
     Di mana jari menyarung cincin.


Lihat selanjutnya...(66)
Peribahasa

Berjalan peliharakan kaki,
     berkata peliharakan lidah.

Bermaksud :

Hendaklah selalu beingat-ingat dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

 

Lihat selanjutnya...(37)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kese[k:E.sE]kata kerjaberjalan perlahan-lahan.Ore tuo tu kese tepi tanggo.[.ÄE tu.w tu k:E.sE t:«.pi tAN.g]Orang tua tu berjalan perlahan-lahan di tepi tangga.
derak[d:«.ÄA/]kata kerjaberjalan-jalan tanpa tujuan.Mae gi derak jok pagi takdi lagi.[mA.E gi d:«.ÄA/ dZ/ p:A.gi tA/.di lA.gi]Mail pergi berjalan-jalan sejak pagi tadi lagi.
nyedeng[ø:«.dEN]kata adjektifberkenaan gaya berjalan yang tegak mendada.Sekak jadi aska, diyo jale nyedeng.[s«.kA/ dZ:A.di As.kA di.j dZ:A.lE ø«.dEN]Sejak menjadi askar, dia berjalan mendada.
kekcok[kE/.tS/]kata adjektiftempang ketika berjalan kerana kecederaan.Ore tu jale kekcok, pasa kaki diyo sakek.[.ÄE tu dZ:A.lE kE/.tS/ pA.sA kA.ki di.j sA.ke/]Orang tu berjalan tempang kerana kakinya sakit.
liklah-liklah[li/.lAh.li/.lAh]kata kerjasentiasa berjalan-jalan (tidak duduk diam).Bakpo mung ni, liklah-liklah tok leh dok diye.[bA/.p muN ni li/.lAh.li/.lAh t/ leh do/ di.jE]Kenapa kamu ni, berjalan-jalan tak boleh duduk diam.
hongek-hongek[h.NE)/.h.NE)/]kata adjektifberkenaan berjalan yang perlahan-lahan, tidak terburu-buru, lambat-lambat.Acu tengok diyo jale tu, hongek-hongek jah.[A.tSu tE.N/ di.j dZ:A.lE tu h.NE)/.h.NE)/ dZAh]Cuba lihat dia berjalan, perlahan-lahan saja.
nyoh-nyoh[øh.øh]kata kerjaberjalan dengan cepat tanpa memandang ke kiri dan ke kanan.Ali tu nok gi mano, nyoh-nyoh tok caro ko ore.[A.li tu n/ gi m:A.n øh.øh t/ tS:A.č k .ÄE]Ali tu nak pergi ke mana, berjalan cepat tanpa menghiraukan orang.
jajak[dZA.dZA/]kata kerjaberjalan ke merata-rata tempat, menjelajah, mengembara.Seli jajak nak-nak keda sebelom diyo beli baju tu.[s«.li dZA.dZA/ nA/.nA/ k«.dA s«.b«.lom di.j b«.li bA.dZu tu]Rusli menjelajah setiap kedai sebelum beli baju tu.
lakyoh[lA/.joh]kata adjektifterhuyung-hayang.Mung pening lagi nih, jale pong lakyoh.[muN p«.niN lA.gi nih dZ:A.lE poN lA/.joh]Kau masih lagi pening ni, berjalan pun terhuyung-hayang.
brambi[bÄAm.bi]kata kerjamelakukan sesuatu dengan berhati-hati, beringat-ingat.Kalu jale male, demo keno brambi.[kA.lu dZ:A.lE mA.lE dE.m k«.n bÄAm.bi]Kalau berjalan malam kamu mesti berhati-hati.
12

Kembali ke atas