Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[buat] | بوات

Definisi : 1. bp = berbuat, membuat: dia tu sehari dua ini ~ duit betul; 2. untuk, bagi: ~ sementara, rumah ini didirikan bukan ~ kita laki-laki; wang ~ beli baju; 3. dijadikan sbg: ~ penghibur di kala sunyi; ~ kawan (teman);berbuat 1. mengerjakan (melakukan) sesuatu: ~ baik (jahat, salah, dll); ia tidak ~ apa-apa; 2. sl = membuat: maka Sultan Mansor Shah memberi titah pd Bendahara Paduka Raja menyuruh ~ istana; maka baginda ~ sebuah negeri terlalu besar; ~ baik berpada-pada, ~ jahat jangan sekali prb berbuat baik hendaknya berhad (jangan berlebih-lebihan), pekerjaan jahat jangan sekali-kali dibuat; ~ kerja spt Mak Jujai prb orang yg selalu meninggalkan pekerjaan terbengkalai; membuat 1. = memperbuat membikin, membentuk, mencipta: ~ rumah; ~ surat; 2. mengerjakan, melaksanakan, melakukan, menjalankan: apa yg hendak dibuat, nasi telah menjadi bubur; 3. menyebabkan, menimbulkan, menerbitkan, mendatangkan, menjadikan: ~ bagus; ~ buruk; ~ malu; ~ marah; ~ takut; ~ bodoh a) membodohkan; b) berpura-pura bodoh; 4. memperlakukan (orang dll): saya tak tahan melihatkan Narto dibuat begitu; 5. menggunakan utk, memakai utk: janganlah kain itu dibuat baju; 6. = membuat-buat berpura-pura, berlaku pura-pura, berbuat seakan-akan: senyuman yg dibuat-buat; ~ mahu, menuras tidak prb orang yg mencuba hendak membuat sesuatu pekerjaan, tetapi malas mempelajarinya; membuatkan membuat sesuatu utk: ia ~ adiknya segelas minuman;memperbuatkan membuat (dgn usaha): bahawa hamba minta diperbuatkan hikayat pd Bendahara;terbuat dibuat (drpd): dinding rumah itu ~ drpd papan peti susu;terperbuat telah dibuat (dikerjakan dll); jika yg baik ~ bersilang cerana datang, jika yg buruk ~ bersilang telunjuk di bibir prb perbuatan baik dapat pujian, perbuatan buruk dapat celaan; buatan 1. hasil pekerjaan: kasut ~ tempatan; baju ~ sendiri; 2. sesuatu yg dikerjakan, kerja: tak lain ~nya hanyalah berleter setiap hari; 3. cara (pekerjaan) membuat: rumah ini baik ~nya; 4. yg dibuat (manusia), dr alam (tidak asli): baja ~; bunga ~; 5. hasil ilmu ghaib: penyakitnya ini ~ orang; 6. = buat-buatan yg dibuat-buat, tidak sungguh-sungguh, pura-pura: sakit ~; tidur ~; bukan ~ bukan main-main, amat sangat;perbuatan segala yg dibuat, kerja, tindakan: dibuatnya segala ~ yg salah; ~ siapa ini?; ia melarat kerana ~nya sendiri; pembuatan perihal (kegiatan, usaha, dsb) membuat: perjanjian ini mengehadkan ~ kapal perang oleh Jepun;pembuat (orang dll) yg membuat: kilang ~ paku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[buat] | بوات

Definisi : kata yg digunakan utk menunjukkan sesuatu tujuan atau perbuatan: Ikan busuk jangan dibuang, ~ perencah si daun kayu. ~ asal ist arahan dlm sesuatu atur cara komputer utk membatalkan tindakan sebelumnya. ~ duit bp bekerja lebih utk mendapatkan wang yg lebih banyak. berbuat melakukan sesuatu pekerjaan dsb: Dlm keadaan yg begitu mencemaskan, dia tidak dpt ~ apa-apa lagi. membuat 1 menjadikan sesuatu benda; membikin: Tukang mana yg ~ rumah ini? 2 menyebabkan terjadinya sesuatu: Engkau telah ~ aku malu di tengah orang ramai. membuatkan membuat utk: Maheran ~ anaknya sehelai baju. memperbuat 1 menyebabkan sesuatu dpt dibuat; membuat sesuatu dgn usaha; mengusahakan: Sekarang ini tidak banyak lagi orang yg ~ gula kabung. 2 mempermainkan (orang): Tidak sopan kalau kita ~ orang tua spt dia. buatan 1 sesuatu yg telah dibuat atau dikerjakan; hasil drpd membuat sesuatu; bikinan: Belilah barang-barang ~ Malaysia. 2 apa-apa yg dibuat atau dikerjakan: Tak ada lain ~nya sehari-hari melainkan berbual di kedai-kedai kopi. 3 hasil membuat: Kerusi ini cantik betul ~nya. 4 yg dibuat oleh manusia; tidak asli: bunga ~. buat-buatan yg dibuat-buat saja; tidak benar: sakit ~. perbuatan 1 segala yg dibuat atau dilakukan: Jauhkanlah diri drpd mengerjakan ~ jahat. 2 tingkah laku; kelakuan: ~nya berlain drpd perkataannya. pembuatan hal, cara atau proses membuat sesuatu (terutamanya barang dagangan). pembuat orang atau alat yg membuat: Di Petaling Jaya, terdapat kilang ~ asid. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buat

Puisi
 

Orang darat menunggang kuda,
     Kuda ditunggang laju sekali;
Buat baik berpada-pada,
     Buat jahat jangan sekali.


Lihat selanjutnya...(138)
Peribahasa

Buat baik berpada-pada,
     buat jahat jangan sekali.

Bermaksud :

Jika hendak membuat pekerjaan yang baik, janganlah berlebih-lebihan sehingga tidak pada tempatnya, dan pekerjaan yang jahat hendaklah dihindarkan sama sekali.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
meleng[m:E.leN]kata kerjabuat-buat malu.Jange dok meleng gak, kuwe banyok lagi dale pingge ni.[dZA.NE do/ m:E.leN gA/ ku.we bA.ø/ lA.gi dA.lE piN.gE ni]Jangan buat-buat malu, kuih masih banyak dalam pinggan ni.
cok[tS/]kata namacangkul.Acu ambek cok tu ayoh nok buat batah.[A.tSu Am.be/ tS/ tu A.jh n/ bu.wAt bA.tAh]Tolong ambil cangkul tu ayah nak buat batas.
jawo[dZ:A.w]kata adjektifberkenaan melakukan sesuatu dalam keadaan sambil lewa.Kalu ore suroh wak kijo, jange dok jawo gak.[kA.lu .ÄE su.Äoh wA/ ki.dZ dZA.NE do/ dZ:A.w gA/]Kalau orang suruh buat kerja janganlah buat sambil lewa sahaja.
cemuh[tS«.muh]kata adjektifjemu, bosan.Puah cemuh doh aku buwak krijo ni, nok wak krijo laeng pulok.[pu.wAh tS«.muh dh A.ku bu.wA/ kÄi.dZ ni n/ wA/ kÄi.dZ lAeN pu.l/]Sudah jemu aku buat kerja ni, nak buat kerja lain pula.
hamok reng[hA.m/ ÄeN] berat melakukan sesuatu pekerjaan (apabila disuruh, diperintah), malas, marah dan sebagainya.Jange hamok reng kalu ore suroh gapo-gapo.[dZA.NE hA.m/ ÄeN kA.lu .ÄE su.Äoh g:A.p.g:A.p]Jangan susah sangat nak buat kalau orang suruh buat sesuatu.
gong II[gN]kata adjektifbodoh, dungu.Bakpo mung ni gong sangak, ore suroh wak mugo laeng, mung wak mugo laeng.[bA/.p muN ni gN sA.NA/ .ÄE su.Äoh wA/ mu.g lAeN muN wA/ mu.g lAeN]Kenapa kamu ni bodoh sangat, suruh buat benda lain, kamu buat benda lain.
   3. endah tak endah, tidak ambil peduli.Jange dok wak leweh gak, kalu ore suroh gapo-gapo.[dZA.NE do/ wA/ lE.wEh gA/ kA.lu .ÄE su.Äoh g:A.p.g:A.p]Jangan buat endah tak endah, kalau orang suruh buat sesuatu.
brona[bč.nA]kata kerjaberkenaan kanak-kanak, kenderaan dan lain-lain yang meragam, buat hal.Budok kecek kalu deme brona slalu.[bu.d/ k«.tSi/ kA.lu d«.mE bč.nA slA.lu]Budak kecil kalau demam, terus meragam.
glewak[glE.wA)/]kata kerjamengganggu orang lain yang sedang membuat sesuatu, menyibuk; glabuk.Jange dok glewak gak tepak ore dok wak krijo ni.[dZA.NE do/ glE.wA)/ gA/ t«.pA/ .ÄE d/ wA/ kÄi.dZ ni]Jangan buat bising di tempat orang buat kerja ni.
bledo[bl«.d]kata namasejenis lumut laut yang telah diproses dan boleh dimakan (untuk buat kuih), agar-agar.   
1234567

Kembali ke atas