Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.kan] | بوکن

Definisi : 1 berlain drpd yg sebenarnya; tidak benar: Dia ~ saudaraku. Ini singa, ~ harimau. 2 kata yg digunakan pd akhir ayat utk menanyakan benar tidaknya sesuatu: Engkau hendak ke pasar, ~? bukan-bukan 1 tidak masuk akal; tidak munasabah; mustahil: Jangan suka menceritakan yg ~. 2 amat sangat; terlalu sangat: Barang ini ~ mahalnya. membukankan mengatakan bukan; menyangkal: Dia telah ~ semua tuduhan yg dilemparkan kpdnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bukan

Puisi
 

Hendak dipais bukan todak,
     Hendak dibemban bukan terung;
Hendak menangis bukan budak,
     Hendak terbang bukan burung.


Lihat selanjutnya...(148)
Peribahasa

Angan-angan mengikat tubuh.

Bermaksud :

Besusah hati kerana memikirkan perkara yang bukan-bukan.

 

Lihat selanjutnya...(37)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
ngapo[N:A.po)kata kerja1. bercakap perkara yang bukan-bukan (ketika tidak sedarkan diri) dan kadangkala tidak masuk akal, meracau.Awa bule gini, mulola Saleh kecek ngapo.[A.wA bu.lE g:i.ni mu.l.lA sA.lEh k:E.tSE/ N:A.po]Awal bulan begini mulalah Saleh bercakap yang bukan-bukan.
ngarok[N:A.Äo/]kata namamimpi yang pelik dan aneh serta tidak masuk akal.Mek Yah ngarok male takdi, pasa tu lambak bangun tido.[mE/ jAh N:A.Äo/ mA.lE tA/.di pA.sA tu lAm.bA/ bA.Nun t:i.do]Mek Yah bermimpi yang bukan-bukan malam tadi, sebab tu dia bangun lewat.
kokcak[k:/.tSA)/]kata kerjamelakukan perhubungan jenis secara tidak sah atau haram (bukan antara suami isteri), berzina.   
sengoti[s«.N.ti]kata adjektifbetul, benar, sungguh, sahih.Aku royak ko mung ni crito sengoti, buke blawok.[A.ku Äo.jA/ k muN ni tSÄi.t s«.N.ti bu.kE blA.w/]Saya beritahu kamu ni cerita yang benar bukan bohong.
tok joro[to/ dZ.č] tukang karut dan tukang lagu dalam dikir barat.Ore hok nok jadi tok joro, buke soro jah keno sedak, tapi keno tahu buwak banyok lagu.[.ÄE h/ n/ dZ:A.di to/ dZ.č bu.kE s.č dZAh k«.n s«.dA/ tA.pi k«.n tA.hu bu.wA/ bA.ø/ lA.gu]Orang yang nak jadi tukang karut dan tukang lagu dalam dikir barat bukan suara sahaja mesti lunak, tapi mesti pandai mencipta pelbagai lagu.

Kembali ke atas