Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.nyi] | بوڽي

Definisi : 1 sesuatu yg dpt didengar selain suara manusia: ~ enjin kapal terbang itu membingitkan telinga. 2 laras atau tingkatan nada alat bunyi-bunyian atau suara orang bernyanyi: Merdu sungguh ~ gesekan biolanya. 3 bacaan drpd yg tertulis: Tolong baca bagaimana ~ surat itu. 4 cara menyebut atau cara mengucapkan sesuatu; lafaz: Dlm bahasa Jepun, ~ n dan ng tidak berbeza. berbunyi 1 mengeluarkan bunyi: Bertepuk tangan sebelah, takkan ~. 2 mengandungi sesuatu (ttg isi surat dsb): Antara lain, surat itu ~ begini. membunyikan 1 melakukan sesuatu spt memetik biola dsb supaya berbunyi; menjadikan berbunyi: Apabila emaknya sakit kepala, ia tidak pernah ~ radio. 2 menyebut tulisan; melafazkan: Orang di Malaysia atau di Indonesia ~ huruf mengikut sistem ejaan baru. bunyi-bunyian alat spt seruling dll yg digunakan utk mengeluarkan bunyi yg berlagu; alat-alat muzik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bunyi

Puisi
 

Bunyi pungguk Kuala Sipitang,
     Pungguk tidak berbayang tinggi;
Jangan pula abang datang,
     Abang tidak bermalam sini.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Setengah bagai bunyi enggang,
     setengah bagai bunyi kuau.

Bermaksud :

Pendapat yang bermacam-macam.

 

Lihat selanjutnya...(38)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
gege[gE.gE]kata adjektifbunyi bising yang memekakkan telinga.Jange dok gege gak tiko cekgu ngaja.[dZA.NE do/ gE.gE gA/ t:i.k tSE/.gu N:A.dZA]Jangan buat bising semasa guru mengajar.
tuluk[t:u.lu/]kata namabunyi yang dikeluarkan untuk menunjukkan persembunyian sudah bermula dalam permainan sembunyi-sembunyi bagi kanak-kanak.Mung sebok tuluk la dulu, baru aku gi cari.[muN s«.bo/ t:u.lu/ lA du.lu bA.Äu A.ku gi tSA.Äi]Kamu sebut tuluklah dulu, baru aku pergi cari.
puling[p:u.liN]kata namasejenis alat bunyi-bunyian yang ditiup, diperbuat daripada tanah liat, berongga dan berbentuk burung.Budok tu tiyuk puling hok ayoh diyo buwak.[bu.d/ tu ti.ju/ p:u.liN h/ A.jh di.j bu.wA/]Budak tu meniup puling yang dibuat oleh ayahnya.
turik[tu.Äi/]kata adjektiftuli sekejap kerana terdengar bunyi atau suara nyaring atau terlalu bising, bingit.Turik tlingo aku mung naong kuwak tlajok.[tu.Äi/ tli.N A.ku muN n:AoN ku.wA/ tlA.dZ/]Bingit telinga aku, kamu menjerit kuat sangat.

Kembali ke atas