Definisi : 1. cabang (kayu dll); ~ jalan simpang jalan; 2. kayu (galah, tongkat, dll) yg hujungnya bercabang utk menyangga atau menopang sesuatu (meriam, teropong, dll); 3. penyangga atau kaki bermacam-macam alat (kamera, mesingan, dll); 4. Id tiang telefon; 5. sokongan, tunjangan, pertolongan; ~ hidup Id bunga wang yg harus dibayar kpd seseorang semasa hidupnya atau utk beberapa tahun; 6. Kl pengandar rumput: dia memotong rumput dua ~ sehari utk lembunya; 7. alat (drpd kayu, buluh, logam) yg bulat, panjang, kukuh, dan ringan yg digunakan sbg penyidai kain; bercagak 1. bercabang; 2. memakai cagak (sokong dll); tulang ~ tulang pipi; mencagak menyokong (menahan, menopang, dll) dgn cagak; mencagakkan menaruh sesuatu di atas cagak; tercagak tertopang dgn cagak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)