Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[can.ti/] | چنتيق

Definisi : sangat menarik apabila dipandang (bkn orang perempuan, rupa muka, bangunan, benda, pemandangan, dll), sangat elok (bagus, molek): gadis yg ~; barang-barang perhiasan yg ~; bagaimanapun ~nya satu-satu rancangan, tidak akan berjaya jika tidak diturut kehendak rancangan itu dgn ikhlasnya; bercantik-cantik menghias muka supaya cantik, bersolek; mencantikkan menjadikan cantik; mempercantik menjadikan makin cantik; kecantikan perihal cantik, keelokan (rupa muka, benda, dll), kemolekan, keindahan; pencantik yg menjadikan (kelihatan) can­tik, yg mencantikkan: cairan ~ yg luar biasa ini tersedia di toko-toko farmasi dan gerai-gerai solek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[can.ti/] | چنتيق

Definisi : Mn biang, gasang, gatal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[can.ti/] | چنتيق

Definisi : dpt menimbulkan kesenangan atau kegembiraan kpd perasaan apabila dipandang; menarik atau manis (ttg rupa dsb); indah: Orangnya ~ serta berbudi bahasa pula. mencantikkan menjadi­kan cantik; mengindahkan. mempercantik menjadikan lebih cantik; memperindah. kecantikan hal atau keadaan cantik; keelokan; keindahan: ~ istana itu telah menjadi perhatian para pelancong. pencantikan perbuatan atau hal mencantikkan. pencantik sesuatu yg mencantikkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cantik

Puisi
 

Banyak itik anak itik,
     Turun ke sawah makan padi;
Tengok cantik dipandang cantik,
     Tambah pula berhati budi.


Lihat selanjutnya...(78)
Peribahasa

Seperti si buta berbini cantik,
     si kudung beroleh cincin,
si bisu bercakap dan si tuli mendengar.

Bermaksud :

Beroleh keuntungan tetapi tidak dapat merasainya.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
come lote[tS.mE l:.tE] berkenaan wajah perempuan, bangunan, benda, pemandangan dan lain-lain dalam keadaan yang cantik.Anok tino demo gak, come lote blako.[A.n/ t:i.n dE.m gA/ tS.mE l:.tE blA.k]Anak perempuan awak semuanya cantik-cantik.
ngajenge[N:A.dZE.NE]kata namatempat pengantin bersanding (biasanya dihias cantik), pelamin.Come ngajenge maso nikoh Milah mareng.[tS.mE N:A.dZE.NE mA.s n:i.kh mi.lAh m:A.ÄeN]Cantik pelamin pada hari perkahwinan Milah semalam.
nilek[n:i.le/]kata kerjaberdandan diri (bagi perempuan) dengan pakaian (barang kemas dan lain-lain) supaya kelihatan cantik, berhias.Lamo teh dok nilek, bo bo la.[lA.m tEh do/ n:i.le/ b: b: lA]Sudah lama kamu berhias, sudah-sudahlah tu.
petik[p:«.ti/]kata adjektifberbintik-bintik.Lawa kaeng hok ado bungo petik lagu ni.[lA.wA kAeN h/ A.d bu.N p:«.ti/ lA.gu ni]Cantik sungguh kain corak berbintik-bintik seperti ni.
keknya[kE/.øA]kata tugastetapi.Come budok tino tu, keknya gak tok juruh.[tS.mE bu.d/ t:i.n tu kE/.øA gA/ t/ dZ:u.Äuh]Cantik gadis tu, tetapi perangainya tidak elok.
patak kaeng[pA.tA/ kAeN] bahagian belakang kain batik sarung.Corok patak kaeng ni, come bena.[tS.č/ pA.tA/ kAeN ni tS.mE b«.nA]Corak belakang kain ni, sungguh cantik.
sobek[s.bE/]kata kerjamenghias.Wa bule hok diyo sobek tu, come sunggoh.[wA bu.lE h/ di.j s.bE/ tu tS.mE suN.goh]Wau bulan yang dihiasnya tu, cantik sekali.
tek[tE)Ö]kata kerjamempersoalkan (tentang kebaikan dan keburukannya), mempertikaikan.Anok demo gak come srebo-srebi, tok leh nok tek doh.[A.n/ dE.m gA/ tS.mE sÄ«.b.sÄ«.bi t/ leh n/ tE)Ö dh]Anak kamu tu cantik serba-serbi, tak boleh dipertikaikan lagi.
jangok[dZA.N/]kata adjektifberkenaan perhiasan atau pakaian dalam keadaan sangat menarik apabila dipandang.Sekak krijo kolupo ni, Mek Nah jangok sokmo.[s«.kA/ kÄi.dZ k.lu.po ni mE/ nAh dZA.N/ s/.m]Sejak kerja di Kuala Lumpur ni, Mek Nah sentiasa cantik.
gembok[g:«m.b/]kata adjektifberkenaan rambut, kain yang berombak-ombak.Rambok budok tu gembok come kalu keno tiuk ko anging.[ÄAm.bo/ bu.d/ tu g:«m.b/ tS.mE kA.lu k«.n ti.ju/ k A.NiN]Rambut budak tu berombak-ombak cantik kalau ditiup angin.

Kembali ke atas