Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.bit] | چوبيت

Definisi : ; siapa kena ~, dialah yg berasa sakit prb siapa yg berbuat salah, dialah yg menanggung kesusahannya; secubit sebanyak yg dapat disepit dgn ibu jari dan jari telunjuk atau jari lain, sedikit sahaja, sekelumit; mencubit 1. menyepit dgn ibu jari dan jari telunjuk atau jari lain, menggetil: ia terkejut apabila pahanya dicubit; 2. ki mengambil sedikit (makanan dll): aku ~ kuih itu sedikit; mencubit-cubit mencubit berulang kali; cubit-mencubit saling mencubit; cubitan perbuatan mencubit, getilan: seorang syahid tidak berasa sentuhan maut melainkan hanya spt rasa ~ sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.bit] | چوبيت

Definisi : ; mencubit 1 menyepit dgn ibu jari dan jari telunjuk atau jari lain; menggetil: Dia ~ paha anaknya yg nakal itu. 2 ki mengambil (makanan dll) sedikit. cubitan hal atau hasil perbuatan mencubit; getilan; ketilan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cubit

Puisi
 

Bulan cerah bersinar benar,
     Cahayanya cerah sampai ke pintu;
Cuba cubit abang nak kenal,
     Lainkah tidak dari dahulu?


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Cubit paha sendiri dulu,
     baru cubit paha orang lain.

Bermaksud :

Pandang pada diri sendiri dulu, sebelum memandang pada orang lain. (Bandingkan dengan: Cium tapak tangan, berbaukah atau tidak?).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
mulah[m:u.lAh]kata kerjamenyepit dengan ibu jari dan jari telunjuk atau jari lain (di bahagian paha dan lengan), cubit; pehe.Bo jerik, mok bui mulah ke.[b: dZ:«.Äi/ m/ bu.wi m:u.lAh kE]Berhenti menangis, mak cubit nanti.
pehe[pE.he]kata kerjamenyepit dengan ibu jari dan jari telunjuk atau jari lain (di bahagian paha dan lengan), cubit; mulah.Budok tu kalu jerik lamo-lamo, pehe poho tu.[bu.d/ tu kA.lu dZ:«.Äi/ lA.m.lA.m pE.he p.h tu]Budak tu kalau menangis lama-lama, kamu cubit pahanya tu.
cekik[tS«.ki/]kata kerjamenyepit sesuatu dengan ibu jari dan jari telunjuk atau jari lain, mencubit.Jusoh cekik adek diyo sapa jerik.[dZu.soh tS«.ki/ A.de/ di.j sA.pA dZ:«.Äi/]Yusuf cubit adik dia sampai menangis.

Kembali ke atas