[de.bu] | دبو
Definisi : 1. tanah kering atau bahan lain dlm bentuk serbuk halus yg menutupi bumi, permukaan benda, atau yg berterbangan ditiup angin: ~ di tepi jalan itu berterbangan apabila kereta lalu; 2. sl patik, hamba; ~ tuanku hamba tuanku; berdebu ada debu, dipenuhi debu, berhabuk, terdapat (diliputi dsb) debu yg berterbangan: jalan-jalan yg ~; mendebu menjadi spt debu (menjadi halus); cakap ~ cakap (pertuturan) yg keluarnya bertalu-talu; mendebukan menjadikan atau menyemburkan dlm bentuk debu: oleh yg demikian, pendebu alat utk mendebukan (racun kulat dll).telah diciptakan alat yg boleh menyemburkan atau ~ racun kulat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[de.bu] | دبو
Definisi : habuk yg halus drpd tanah dll; abu; lebu: ~ yg berterbangan itu masuk ke dlm matanya. berdebu ada debunya; dipenuhi debu; berhabuk: Jalan yg belum bertar itu masih ~ lagi. mendebu 1 seakan-akan debu; sbg debu (halus sekali). 2 menaburkan atau menyemburkan debu: Kapal terbang juga digunakan utk menyembur dan ~. mendebui menyapu atau menaburkan debu pd; menyelaputi sesuatu dgn debu: Penyakit kulat dpt dikawal dgn ~ daun dgn serbuk sulfur. pendebu ubat atau bahan dlm bentuk debu (utk mencegah penyakit dll): Serbuk sulfur dpt digunakan sbg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)