Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.ba.wah] | د باوه

Definisi : 1. di kawasan sekeliling rumah dsb yg bertangga (mis di taman, di perkarangan, dsb): kanak-kanak itu disuruh ibu mereka pergi bermain ~; 2. di ruang kosong di antara tiang rumah atau kaki meja (kerusi dll): ~ meja; 3. yg terletak pd baris (ruang dsb) yg berikutnya: sila rujuk pd rajah ~; baca petikan ~; 4. kurang drpd: kanak-kanak ~ umur 12 tahun; 5. berada dlm atau tertakluk pd (peraturan, undang-undang, bimbingan, arahan, kuasa, dsb): kakitangan ~ jagaannya; orkestra ~ pimpinan Johari Saleh; orang ~ orang yg lebih rendah (pangkat, kedudukan, dsb); ~ harga lebih murah drpd harga yg sebenarnya; ~ ketiak di bawah pengaruh (orang tua dll); ~ lindungan dilindungi oleh; ~ penilikan ditilik oleh; ~ perintah diperintahkan oleh; ~ umur belum dewasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.ba.wah] | د باوه

Definisi : 1 di tempat yg lebih rendah: Mari kita pergi bermain-main ~ pohon jambu itu. 2 kurang drpd: Markahnya ~ markah saya. 3 dlm kuasa atau dlm pimpinan seseorang: zaman kegemilangan Melaka ~ pemerintahan Sultan Alaudin yg adil lagi bijaksana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata di bawah

Puisi
 

Apa busuk di bawah bangku,
     Anak ayam mati terlentang;
Siapa duduk dengan Cik Bongsu,
     Bagai bulan pagar dek bintang.


Lihat selanjutnya...(55)
Peribahasa

Di bawah ketiak orang.

Bermaksud :

Di bawah kekuasaan orang.

 

Lihat selanjutnya...(35)

219

It's better to give than to receive

Berbuat baik kepada orang lain merupakan amalan mulia dan lebih baik daripada menerima pemberian atau kebaikan orang lain.

Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah

Believing that it's better to give than to receive, they donated half of their earnings to the needy.

Berpegang pada tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah, mereka mendermakan separuh daripada pendapatan mereka kepada orang yang susah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
be dengabE) d«.NA] mendengar dengan teliti dan berhati-hati (secara rahsia).Acu be denga ore dok kecek bowoh rumoh.[A.tSu bE) d«.NA .ÄE d/ k:E.tSE/ b:.wh Äu.mh]Cuba dengar dengan teliti orang bercakap di bawah rumah.
bito[bi.to]kata namasejenis alat untuk menangkap ikan.Bokte lamo tok paka, bito bowoh rumoh tu punoh doh.[b/.tE lA.m t/ pA.kA bi.to b:.wh Äu.mh tu pu.nh dh]Sebab dah lama tak guna, bito di bawah rumah tu dah rosak.
asek[A.se/]kata adjektifberkenaan teraju yang panjang di sebelah bawah.Traju wa tu asek bedokoh, kerak sikik.[tÄA.dZu wA tu A.se/ b«.d/.h k«.ÄA/ si.ki/]Teraju wau tu panjang sangat, potong sikit.
reyok[ÄE.j)/]kata adjektiftinggi sebelah, senget, miring.Aku napok kaeng mung reyok bowoh.[A.ku nA.p/ kAeN muN ÄE.j)/ b:.wh]Aku nampak kain kamu senget di sebelah bawah.
menggok[m:«N.go/]kata kerjamenundukkan kepala ke bawah beralaskan tangan.Leteh sangak ko diyo, sapa keno dok menggok mejo.[l«.teh sA.NA/ k di.j sA.pA k«.n do/ m«N.go/ m:E.dZ]Letih sangatkah dia, hingga kena memengguk ke meja.

Kembali ke atas