Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dua] | دوا

Definisi : (jumlah) satu dicampur satu; bilangan di antara satu dgn tiga; 2: ~ belas 12; ~ puluh 20; ~ ratus 200. ~ sejoli dua orang kekasih yg sangat rapat dan hidup bahagia. ~ serangkai dua orang yg terlalu rapat. haiwan ~ alam haiwan yg dpt hidup di air dan juga di darat (katak dsb). dua-dua dua dlm satu kelompok: Buah durian itu diikat ~. berdua bersama-sama dua orang; (seorang) bersama dgn seorang lagi: Mereka ~ saja yg tinggal di rumah itu. berdua-dua tiap-tiap kali dua; dlm kelompok dua-dua: Mereka masuk ke bilik darjah ~. berdua-duaan berdua saja (tidak ada orang lain); cuma berdua: Tidak manis dipandang orang jika seorang gadis duduk ~ dgn seorang teruna. menduakan menjadikan dua; menganggap dua; menyimpan dua. ~ isteri beristeri dua. ~ suami berkhianat kpd suami (dgn melakukan zina dll). ~ Tuhan menganggap Tuhan itu ada sekutu-Nya. kedua (bilangan, peringkat dll) yg nombor dua: Tempat yg ~ dimenangi oleh Jamaluddin. kedua-dua kelompok yg terdiri drpd dua (orang dsb); dua-dua sekali: ~ budak itu kawan saya. kedua-duanya dua kesemuanya; dua-duanya: ~ pun pergilah dr situ. perdua 1 dibahagikan dgn dua: satu ~ setengah; 2 perkongsian (tanah, hasil tanaman dll). seperdua satu dibahagikan dgn dua; setengah; separuh: ~ drpd harta itu diberikan kpd isterinya. berperdua berkongsi dua; berbahagi dua: Kerbau betina itu dibela secara ~ dgn jirannya. memperdua 1 mengusahakan sawah (ternak dll) dan hasilnya dibahagi dua. 2 membahagi dua (hasil, untung dll). memperduakan menyuruh orang mengusahakan ternak (sawah dll) dgn membahagi dua hasilnya. perduaan berdasarkan atau ditandai dua benda atau dua bahagian. pendua 1 sesuatu (alat, senjata dll) yg digunakan apabila perlu: Nah! Ambillah keris ini utk jadi ~ tuan hamba. 2 salinan atau sesuatu yg dibuat serupa dgn yg asal. kertas ~ kertas utk membuat salinan surat dsb dgn menggunakan sj alat. mesin ~ mesin utk membuat salinan surat dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dua

Puisi
 

Mana berantai mana tidak,
     Berjalan dua berantai dua;
Di mana kasih di mana tidak,
     Badan satu kekasih dua.


Lihat selanjutnya...(179)
Peribahasa

Dua kali dua empat.

Bermaksud :

Sama saja.

 

Lihat selanjutnya...(99)

528

It's six of one and half a dozen of the other

Dua pihak atau perkara yang dianggap sama sahaja buruknya, tidak lebih dan tidak pula kurang.

Dua kali dua empat

My little brotherblamed his friend for starting the fight, but as far as I could tell, it's six of one and half a dozen of the other. Both are equally naughty.

Adikku menuduh kawannya yang memulakan pergaduhan, tetapi setahu aku, kedua-duanya sama sahaja nakalnya : sekali tiga wang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(82)

Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
debok[dE.b)/]kata adjektifgemuk gedempol, tambun.Anok ambo duo-duo debok.[A.n/ Am.b du.w.du.w dE.b)/]Anak saya dua-dua gemuk gedempol.
paok bika tanggok[pAo/ bi.kA tAN.go/] 1.      duduk mencangkung dan tangan memeluk kedua-dua lutut.Maso tok ime baco keteboh mung jange dok paok bika tanggok.[mA.s to/ i.mE bA.tS k«.t«.bh muN dZA.NE do/ pAo/ bi.kA tAN.go/]Semasa imam membaca khutbah, kamu jangan duduk memeluk kedua-dua lutut.
depek[d:E.pE)/]kata adjektifberkenaan dua orang atau benda dalam kedudukan yang sangat rapat.Budok tu dok depek sokmo denge mok diyo.[bu.d/ tu d/ d:E.pE)/ s/.m d«.NE m/ di.j]Budak tu sentiasa duduk berdekatan dengan maknya.
kekpong[kE/.pN]kata kerjamengangkat dan membawa sesuatu dengan kedua-dua lengan.Tok diyo tok leh jale doh, nok gi mano keno kekpong.[to/ di.j t/ leh dZ:A.lE dh n/ gi m:A.n k«.n kE/.pN]Neneknya tak boleh berjalan dah, nak pergi ke mana-mana kena angkat.
   2. menganggur.Ambo dok nikdak-nikdak jah duo tigo bule ni.[Am.b do/ ni/.dA/.ni/.dA/ dZAh du.w ti.g bu.lE ni]Saya menganggur saja dua tiga bulan ni.
cekoh[tS:«.kh]kata kerjaberkelahi, bertengkar.Budok duo bradek tu dok cekoh siye male.[bu.d/ du.w bÄA.de/ tu do/ tS:«.kh si.jE mA.lE]Budak dua beradik tu sentiasa bertengkar siang malam.
re[ÄE]kata kerjarenggang dengan orang yang biasa dengannya.Duo tigo ari ni, diyo napok re denge aku.[du.w ti.g A.Äi ni di.j nA.p/ ÄE d«.NE A.ku]Dua tiga hari ni, dia nampak renggang dengan aku.
kapoh[kA.poh]kata kerjamenggabungkan, mencantumkan.Kalu nok suroh kuwak gak, kapoh duo tali tu.[kA.lu n/ su.Äoh ku.wA/ gA/ kA.poh du.w tA.li tu]Kalau nak bagi kuat, cantum dua tali pengikat tu.
tok kaba[t/ kA.bA] tidak sedarkan diri, pengsan.Saleh duwo ari tok kaba lepah keno tepoh muto.[sA.lEh du.w A.Äi t/ kA.bA l«.pAh k«.n t«.poh m:u.to]Saleh dua hari pengsan selepas dilanggar motosikal.
tereh[t:«.ÄEh]kata adjektifberkenaan wang perbelanjaan dan lain-lain yang hampir habis.Pinje pitih demo duwo tigo riya, ambo tereh sangak doh ni.[pin.dZE pi.tih dE.m du.w ti.g Äi.jA Am.b t:«.ÄEh sA.NA/ dh ni]Pinjam duit kamu dua tiga ringgit, saya dah hampir kehabisan wang sekarang ni.
12

Kembali ke atas