Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : benda manis yg dibuat drpd pati (air) tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan (spt tebu, kelapa, anggur, dll); ~ aising gula berbentuk serbuk berwarna putih yg digunakan utk membuat aising; ~ anggur gula drpd buah anggur; ~ aren (enau, kabung) gula drpd nira enau; ~ batu (buku) gula yg berketul-ketul; ~ bit gula yg terdapat drpd ubi bit putih; ~ demerara gula tebu berwarna perang muda yg datangnya dr Demerara; ~ ganting gula kasar; ~ getah manisan yg dicampur getah (karet) utk dikunyah; ~ kastor gula putih yg sangat halus; ~ kuning gula pasir yg berwarna kemerah-merahan; ~ melaka (jawa, kelapa, nyiur, tuak) gula drpd nira kelapa; ~ merah a) gula pasir merah; b) gula enau (kabung); ~ pasir (putih) gula halus spt pasir dibuat drpd air tebu; ~ ringkas gula dlm bentuk ringkas spt glukosa, fruktosa, galaktosa; ~ tarik sj manis-manisan drpd gula; ~ tebu gula drpd tebu; penyakit ~ kencing manis; ada ~ ada semut prb di mana banyak keuntungan dan rezeki, di situlah banyak orang berkumpul; hitam-hitam ~ jawa prb Jk dikatakan kpd perempuan yg hitam kulitnya tetapi manis rupanya; semanis-manis ~, ada pasir di dalamnya prb kata-kata yg lemak manis itu biasanya berisi tipu muslihat; umpama ~ di dlm mulut prb pekerjaan yg mudah dilakukan (sesuatu yg sudah dikuasai); gula-gula 1. bermacam-macam manisan dibuat drpd gula; ~ getah sj gula-gula bergetah dan berperisa utk dikunyah-kunyah sahaja; 2. bp sesuatu yg menyukakan hati; 3. bp gundik, perempuan utk bersuka-suka; menggula, menggula-gula bp mengangkat-angkat (menyanjung-nyanjung) utk mendapat sesuatu, melakukan atau mengatakan yg muluk-muluk terhadap seseorang utk memperdayanya atau mendapatkan sesuatu: bijak sungguh orang tua yg berasal dr Pulau Pinang itu berdiplomasi, patutlah bapa aku dulu mudah digulanya; menggulai memberi bergula pd, membubuh gula pd;menggulaikan menjadikan (kata-kata, percakapan, dsb) manis dan muluk-muluk utk memperdaya seseorang atau utk mendapatkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gula i

Puisi
 

Berapa mahal gula putih? Mahal lagi gula jawa;
     Berapa lama kita berkasih? Biar sama membuang nyawa.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Bagai susu dengan sakar,
     dibuat tengguli.

Bermaksud :

Sangat padan; bersetujuan benar. sakar = gula; tengguli = air gula.

 

Lihat selanjutnya...(15)

468

Don't play with fire

Jangan melakukan sesuatu yang boleh menyusahkan diri kelak.

Meletakkan api di bumbungan

The minister could not longer conceal his anger when the manufacturers insisted on not increasing their sugar production during the fasting month. He warned them don't play with fire, if they did not want any stern action taken against them.

Menteri itu tidak dapat menyembunyikan kemarahannya lagi apabila pengilang terus berdegil untuk tidak meningkatkan lagi pengeluaran gula dalam bulan Ramadzan ini. Beliau mengingatkan mereka supaya jangan meletakkan api di bumbungan jika tidak mahu tindak

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
gliyok[gli.j)/]kata adjektifberkenaan kerongkong yang tergerak-gerak kerana tercekik makanan, seperti gula-gula.Gliyok tekok kalu tele bute mokte.[gli.j)/ t«.k/ kA.lu t:«.lE bu.te m/.tE]Gliyok kerongkong kalau tertelan biji rambutan.
jong gula[dZoN gu.lA] tukang masak dalam majlis kenduri.Ambo jadi jong gula jah, maso bekwoh diyo.[Am.b dZ:A.di dZoN gu.lA dZAh mA.s b:E/.wh di.j]Saya menjadi tukang masak saja, semasa kenduri dia.
nise[n:i.sE]kata namagula yang diproses daripada nira kelapa, gula melaka.   
kemera[k«.m«.ÄA]kata adjektifberkenaan sesuatu seperti gula, bijian dan lain-lain yang bertaburan.Gulo dale bukuh tu jatoh kemera atah lata.[gu.l dA.lE b:u.kuh tu dZA.toh k«.m«.ÄA A.tAh lA.tA]Gula dalam bungkusan tu jatuh bertaburan atas lantai.
rokmo[č/.m]kata namadapur tempat memasak gula melaka.Buboh kawoh atah rokmo tu dulu, baru buleh masok nise ni.[bu.boh kA.wh A.tAh č/.m tu du.lu bA.Äu bu.leh m:A.s/ n:i.sE ni]Letak kawah di atas dapur tu dulu, baru boleh dimasak gula melaka ini.
dene kokpe[dE.nE k/.pE)] sesuatu yang basah dan melekit dan sukar kering, seperti air gula, lumpur, dan lain-lain.Baju diyo dene kokpe, pasa tupoh ae gulo.[bA.dZu di.j dE.nE k/.pE) pA.sA tu.ph Ae gu.l]Baju dia basah dan melekit kerana tertumpah air gula.
sema[sE.mA]kata namasejenis kuih yang dibuat daripada gula dan tepung gandum.   
nasik manih[nA.si/ mA.nih] sejenis penganan yang dibuat daripada beras pulut, gula melaka dan santan, wajik.   
jalo mah[dZA.l mAh] sejenis kuih yang dibuat daripada telur kuning dan gula.   
getah[g:«.tAh]kata namasejenis kuih yang diperbuat daripada ubi, santan dan gula.   
123

Kembali ke atas