jong kako | [dZoN kA.k] | | orang yang ditugaskan untuk mengangkat hidangan dalam majlis kenduri-kendara, penanggah. | Tepak bekwoh tu, ambo jadi jong kako jah. | [t«.pA/ b:E/.wh tu Am.b dZ:A.di dZoN kA.k dZAh] | Di tempat kenduri tu, saya hanya jadi penanggah saja. |
rawo | [ÄA.w] | kata kerja | mengambil makanan dengan menggunakan tangan daripada hidangan secara sesuka hati; ranga, ranya. | Adek tu tok leh bowok make denge ore lua, pasa diyo suko rawo kokse. | [A.de/ tu t/ leh b.w/ mA.kE d«.NE .ÄE lu.wA pA.sA di.j su.k ÄA.w k/.se] | Adik tu tak boleh dibawa makan bersama tetamu kerana dia selalu ambil makanan secara sesuka hatinya. |
ranga | [ÄA.NA] | kata kerja | mengambil makanan dengan menggunakan tangan daripada hidangan secara sesuka hati; ranya 1, rawo. | Adek tu tok leh bowok make denge ore luwa, pasa diyo suko ranga kokse. | [A.de/ tu t/ leh b.w/ mA.kE d«.NE .ÄE lu.wA pA.sA di.j su.k ÄA.NA k/.se] | Adik tu tak boleh dibawa makan bersama tetamu kerana dia selalu ambil makanan secara sesuka hatinya. |
ranya | [ÄA.øA] | kata kerja | 1. mengambil makanan dengan menggunakan tangan daripada hidangan secara sesuka hati; ranga, rawo. | Jange dok ranya gak dale pingge ore, tok baek. | [dZA.NE do/ ÄA.øA gA/ dA.lE piN.gE .ÄE t/ bAe/] | Jangan mengambil makanan secara sesuka hati daripada pinggan orang lain, tak baik. |