Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. golongan benda (binatang, tumbuh-tumbuhan, dll) yg mempunyai sifat-sifat yg sama, bangsa: tikus dan arnab termasuk ~ binatang yg mengerip; 2. = ~ kelamin sifat kelamin (laki-laki atau perempuan): per­kataan-perkataan dlm bahasa Inggeris mempunyai perbezaan ~ kelamin; 3. bagai, macam: barang ini agak mahal harganya kerana drpd ~ yg baik; berbagai-bagai ~ = serba ~ bermacam-macam; 4. kasta, go­longan (dlm masyarakat dll): di Minang­kabau terdapat orang yg tiga ~, iaitu malim, hulubalang, dan menteri; berjenis bp elok (barang, perangai); berjenis-jenis bermacam-macam, berbagai-bagai; menjeniskan membahagi-bahagikan (meng­­golong-golongkan) menurut jenis; penjenisan perihal (perbuatan, kerja, dsb) menjeniskan, pembahagian kpd beberapa jenis: digambarkan dgn rajah pohon yg menunjukkan ~ struktur sintaksis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 golongan benda (spt binatang, tumbuh-tumbuhan) yg sama sifatnya atau bangsanya: Pinang dan kelapa termasuk dlm ~ palma. 2 = ~ kelamin sifat kelamin (sama ada lelaki atau perempuan): Apa ~ anak kamu yg baru itu? 3 bagai; macam; kualiti: pelbagai ~ bermacam-macam. berjenis-jenis bermacam-macam; berbagai-bagai. menjeniskan membahagi-bahagikan menurut golongan atau jenisnya. penjenisan perbuatan atau hal menjeniskan. sejenis semacam; sebangsa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jenis (kata nama)
1. Bersinonim dengan golongan: kumpulan, kelompok, kelas,

2. Rujuk macam 1

Kata Terbitan : berjenis-jenis, menjeniskan, penjenisan,


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tepong[t«.poN]kata namakuih (pelbagai jenis).Gi beli tepong keda Mek Ye duwo amah.[gi b«.li t«.poN k:«.dA mE/ jE du.w A.mAh]Pergi beli kuih di kedai Mek Yam seringgit.
kokcak[k:/.tSA)/]kata kerjamelakukan perhubungan jenis secara tidak sah atau haram (bukan antara suami isteri), berzina.   
bokbong[b/.bN]kata namasejenis binatang daripada jenis musang, Herpestes spp.; cerpelai   
gapo[g:A.p]kata tugaskata untuk menanyakan nama (jenis, sifat dan lain-lain), apa benda.Gapo dale supek atah jemore tu.[g:A.p dA.lE su.pe/ A.tAh dZ«.m.ÄE tu]Apa benda dalam beg plastik di atas beranda tu.

Kembali ke atas