Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jum.pa] | جومڤا

Definisi : ; berjumpa (pergi) menemui seseorang (di suatu tempat): mereka hendak ~ dgn Guru Besar; menjumpai berjumpa dgn: polis ~ sebilah parang di belakang rumah mangsa pem­bunuhan itu; memperjumpakan mempertemukan; terjumpa menjumpai sesuatu secara ke­betulan (tidak sengaja): kalau ~ benda-benda ganjil, jangan sekali-kali engkau ambil; jumpaan 1. perihal menjumpai, penemuan; 2. benda yg dijumpai: suatu isotop karbon dapat menentukan tarikh fosil dan ~ purba lain; perjumpaan perihal berkumpul atau ber­himpun (dlm mesyuarat, majlis ke­ramaian, dsb), pertemuan: ~ itu diadakan dlm suasana ramah-tamah; penjumpaan perihal atau perbuatan men­jumpai, penemuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jum.pa] | جومڤا

Definisi : ; berjumpa 1 bertemu secara kebetulan atau dgn tiba-tiba: Saya ~ dgn kawan lama saya di pasar lambak. 2 bertemu utk sesuatu tujuan: Saya ingin ~ dgn Guru Besar tetapi dia jarang ada di pejabat. menjumpai mendapati; menemui: Mereka ~ beberapa mayat di bawah timbunan runtuhan itu. memperjumpakan menyebabkan dpt berjumpa; mempertemukan: Dia berjanji akan ~ saya dgn pengurus perusahaan itu. terjumpa menjumpai dgn tidak sengaja atau dgn tiba-tiba; terdapat: Dia ~ duit sebanyak RM50/- di tepi sungai itu. jumpaan benda yg dijumpai: Berbagai-bagai ~ terdapat di bangunan lama itu. perjumpaan hal atau perbuatan berjumpa; pertemuan: ~ itu telah diadakan di Balai Budaya. penjumpaan perihal atau perbuatan menjumpai; penemuan: ~ emas di California telah menarik para pelombong ke sana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jumpa
Kata Terbitan : berjumpa, menjumpai, memperjumpakan, terjumpa, perjumpaan,

Puisi
 

Anak dekut hutan Merlimau,
     Jumpa landak meniti batang;
Kalau takut makan rimau,
     Tidak saya berjalan seorang.


Lihat selanjutnya...(35)

Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
suk[su/]kata kerjahujung, akhir.Diyo gi sapa suk kapong, tok jupo jugok kambeng diyo.[di.j gi sA.pA su/ kA.poN t/ dZ:u.p dZu.g/ kAm.beN di.j]Dia pergi sehingga ke hujung kampung, tak jumpa juga kambingnya.
rato riti[ÄA.t Äi.ti] merata tempat (berkenaan mencari sesuatu).Kawe cari bok tu rato riti doh tok jupo jugok.[kA.wE tSA.Äi bo/ tu ÄA.t Äi.ti dh t/ dZ:u.p dZu.g/]Saya sudah mencari buku tu di merata tempat, tak jumpa juga.
petak[p«.tA)/]kata kerja1. menyentuh (memegang-megang atau menjamah) kerana hendak merasai atau mencari sesuatu (tanpa melihat), meraba.Dohlah balek male, masok rumoh, keno petak dindeng cari suweh lapu, lamo baru jupo.[dh.lAh bA.le/ mA.lE mA.so/ Äu.mh k«.n p«.tA/ din.deN tSA.Äi su.weh lA.pu lA.m bA.Äu dZ:u.p]Sudahlah balik waktu malam, nak masuk rumah, kena raba dinding cari suis lampu, lama baru jumpa.

Kembali ke atas