Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.yu] | کايو

Definisi : 1 bahagian pokok yg keras yg digunakan utk membuat berbagai-bagai alat (perkakas rumah dll): ~ pohon getah tidak sekeras ~ pohon jati. 2 kata utk menyatakan nama beberapa jenis kayu: ~ ara; ~ jati. 3 yg dibuat drpd kayu: kerusi ~; rumah ~. ~ api kayu yg dibakar sbg bahan api. ~ balak batang kayu yg telah dipotong dahannya atau cabangnya. ~ bedik ist alat yg digunakan utk mengawal pergerakan kursor dgn menggerakkan rod yg dihubungkan pd komputer. ~ belantan gada (pemukul) yg dibuat drpd kayu. ~ gubal ist bahagian luar kayu pokok yg mengandungi sel-sel hidup dan bahan simpanan, spt kanji. ~ lapis kayu tipis yg berlapis dan berkeping-keping (utk dibuat almari dll). ~ manis nama sj pohon yg kulitnya berasa manis-manis pedas, Cinnamomum zeylanicum (iners). ~ pelontang kayu yg dpt mengapung atau timbul (kerana ringan), yg diikat pd tali kail. ~ pembaris kayu yg lurus dan bersenggat-senggat dgn ukuran (digunakan utk membuat garis lurus atau utk mengukur jarak). ~ putih nama sj tumbuh-tumbuhan yg drnya diperoleh minyak utk dibuat ubat, Eucalyptus spp.. ~ uji kayu yg runcing atau agak tajam hujungnya dan digunakan di dlm makmal utk menguji sesuatu gas (spt oksigen). kayu-kayuan, kayu-kayan berbagai-bagai jenis kayu; serba jenis kayu. berkayu 1 ada kayunya; berteras. 2 mencari kayu di hutan: pergi ~ pergi mencari kayu di hutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ka.yu] | کايو

Definisi : satuan ukuran kain yg panjangnya 18.288 meter atau 20 ela. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kayu

Puisi
 

Kayu jelutung kayu di rimba,
     Mati bertimpa kayu kelat;
Sudah untung kita berdua,
     Umpama ikan dalam belat.


Lihat selanjutnya...(147)
Peribahasa

Kayu mati berpunggur,
     manusia mati biar bernama.

Bermaksud :

Hidup manusia hendaklah meninggalkan jasa yang baik.

 

Lihat selanjutnya...(79)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
gligoh[gli.gh]kata adjektifberkenaan kayu, mata pisau dan lain-lain yang tidak rata, tidak licin, bergerigi, berkerutu.Bate kayu tu gligoh srupo mato gaji.[bA.tE kA.ju tu gli.gh sÄu.p mA.t g:A.dZi]Batang kayu tu bergerigi seperti mata gergaji.
putong kalong[pu.toN kA.loN] kayu yang digunakan untuk melontar sesuatu, kayu pemunggai.Kalu demo nok redah buwoh paoh tu, demo keno guno putong kalong.[kA.lu de.m n/ Ä«.dAh bu.wh pAoh tu dE.m k«.n gu.n pu.toN kA.loN]Kalau kamu nak lontar buah mempelam tu, kamu kena guna kayu pemunggai.
ongek[.NE/]kata kerjamenggoyang sesuatu (seperti batang kayu, gigi dan lain-lain), menggoncang.Yak mung dok ongek bate kayu tu bakpo, lamo ke cabuk.[jA/ muN do/ .NE/ bA.tE kA.ju tu bA/.p lA.m kE tS:A.bu/]Yang kamu goyang batang kayu tu kenapa, nanti tercabut.
inah[i.nAh]kata namasejenis alat (daripada kayu) di bahagian tengah pengisar (padi, tepung beras).Kisare tu punoh pasa inah diyo patoh.[ki.sA.ÄE tu pu.nh pA.sA i.nAh di.j pA.th]Pengisar tu rosak kerana kayu di tengahnya patah.
jetak[dZ:«.tA/]kata kerjamemantul kembali (berkenaan ranting, lidi dan lain-lain), melantun, memantuk, membingkas.Rating kayu tu jetak ko muko diyo.[ÄA.tiN kA.ju tu dZ«.tA/ k mu.k di.j]Ranting kayu tu melantun ke arahnya.
buso[bu.so]kata namakayu atau buluh yang dipasang pada wau supaya berbunyi.Buso wa bule tu derah bena bunying.[bu.so wA bu.lE tu d«.ÄAh b«.nA b:u.øiN]Busur wau bulan tu kuat sangat bunyinya.
blinde[blin.dE]kata namakayu atau batu berbentuk empat segi bujur yang diletakkan di atas kubur.Ari Jemaak ni kito boh blinde kubo mok mung.[A.Äi dZ«.mA.A)/ ni ki.t boh blin.dE k:u.bo m/ muN]Hari Jumaat ni kita bubuh belindan atas kubur emak kamu.
pelunggo[p«.luN.go]kata namakayu yang dipacakkan ke tanah (untuk mengikat lembu dan lain-lain), ancang, tunggul.Unje pelunggo lembu tu kuak, lucuk ke.[un.dZE p«.luN.go l«m.bu tu k:u.wA/ l:u.tSu/ kE]Pacakkan pancang lembu tu kuat-kuat, nanti terlucut.
pohu[p.hu]kata adjektifberkenaan biskut, kayu dan lain-lain yang mudah patah, rapuh.Tok soh jijok atah jula hok pohu tu, jatoh ke.[t/ sh dZi.dZ/ A.tAh dZu.lA h/ p.hu tu dZA.toh kE]Jangan pijak di atas dahan rapuh tu, nanti jatuh.
pekong[p«.kN]kata kerjamembaling sesuatu (seperti batu, kayu dan lain-lain) ke arah hadapan, melontar.Jange dok pekong batu alah ko rumoh ore tu.[dZA.NE do/ p«.kN bA.tu A.lAh k Äu.mh .ÄE tu]Janganlah baling batu ke arah rumah orang.
12

Kembali ke atas