Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ké.cé/] | کيچيق

Definisi : (kécék) 1. Mn, Kl cakap, celoteh, borak: seorang yg cetek ilmu pengetahuannya lebih omong atau ~nya; ~ anak-anak celoteh anak-anak (budak-budak); banyak ~ banyak cakap, banyak mulut, (cerewet); beralih ~ beralih percakapan (kpd hal yg lain); habis ~ habis cakap (sudah selesai); 2. Kl, Tr tipu, kecoh; ~ anak Melaka prb gayanya spt orang yg berada padahal serba kekurangan (cakap tinggi tetapi tidak berisi); ~ bagai bunyi merendang kacang prb percakapan yg tidak keruan; ~ bagai ketiak ular prb percakapan yg tidak berkeputusan (berpanjang-panjangan); ~ berlauk-lauk, makan dgn sambal lada prb, Mn selalu menyombongkan kepandaiannya (kekayaannya dll) padahal bodoh (miskin dll); berkecek-kecek bercakap-cakap, berce­loteh, berbual-bual, berborak; mengecek 1. bercakap-cakap, berbual-bual, berborak-borak; 2. memujuk utk meminta (menyuruh berbuat) sesuatu: ibu bapanya hari-hari mendongeng, ~ dan memujuk dia supaya berkahwin; 3. menipu atau memperdaya (dgn kata-kata); sudah dikecek dikecong pula prb dua kali tertipu (terpedaya); mengecekkan 1. mempercakapkan, mem­perkatakan (hal orang lain); 2. memegahkan (kepandaiannya, kekayaannya dll); pengecek 1. orang yg suka mempercakap­kan hal orang lain; 2. (orang yg) pandai me­mujuk atau meminta-minta sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ké.cé/] | کيچيق

Definisi : (kécék); main ~ sj permainan (dgn memutar duit syiling dan menutupnya dgn telapak tangan), main lerap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ké.cé/] | کيچيق

Definisi : /kécék/ percakapan yg tidak keruan; celoteh: ~ anak-anak celoteh anak-anak; banyak ~ suka berceloteh; banyak mulut. mengecek 1 bercakap-cakap; berbual-bual: Orang dewasa pun ada yg suka ~ spt anak-anak. 2 menuturkan kata-kata yg manis utk memujuk (memperdaya dll): Setiap hari, ibunya ~ dia supaya berkahwin. pengecek 1 orang yg suka bercakap-cakap (menceritakan hal orang dsb). 2 orang yg pandai memujuk atau pandai memperdaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecek

Peribahasa

Kecek bagai bunyi merendang kacang.

Bermaksud :

Percakapan yang berleler, sehingga susah untuk difahami maksudnya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
nyanyo[øA.ø)]kata adjektifkasihan.Nyanyo kediyo, kecek-kecek jadi anok yatim doh.[øA.ø)))) k«.di.j k«.tSi/.k«.tSi/ dZA.di A.n/ jA.tim dh]Kasihan dia, kecil-kecil dah jadi anak yatim.
kecek[k:E.tSE/]kata kerjabercakap.Dok kecek gapo gak, gege tu.[do/ k:E.tSE/ g:A.p gA/ gE.gE tu]Sedang bercakap apa, bising saja tu.
kecek[kE.tSE/]kata kerjamenipu.Pitih Pok Ka abih licin keno kecek ko ore.[pi.tih p/ kA A.bih li.tSin k«.n kE.tSE/ k .ÄE]Wang Pak Kar habis langsung ditipu orang.
   2. lemah lembut, sopan santun.Kecek tu bia lendek sikik gak denge ore tuo ni.[k:E.tSE/ tu bi.jA l«n.de/ si.ki/ gA/ d«.NE .ÄE tu.w ni]Bercakap tu biarlah bersopan santun sikit dengan orang tua.
keng[keN]kata namarahang.Mae sakek keng pasa kecek banyok tlajok.[mA.E sA.ke/ keN pA.sA k:E.tSE/ bA.ø/ tlA.dZ/]Mail sakit rahang kerana terlalu banyak bercakap.
nawok[n:A.w/]kata adjektifbohong.Bakpo gak, mung kecek nawok sokmo, tok baek.[bA/.p gA/ muN k:E.tSE/ n:A.w/ s/.m t/ bA.e/]Kenapa kamu selalu bercakap bohong, tak baik.
sila[s:i.lA]kata kerjaterpandang.Ambo sila tengok diyo dok kecek denge Mae takdi.[Am.b s:i.lA tE.N/ di.j do/ k:E.tSE/ d«.NE mA.E tA/.di]Saya terpandang dia sedang bercakap dengan Mail tadi.
ngambak[N:Am.bA/]kata adjektifdapat memahami sesuatu yang diajar dengan cepat.Susoh nok kecek denge ore payoh ngambak ni.[su.sh n/ k:E.tSE/ d«.NE .ÄE pA.jh N:Am.bA/ ni]Susah nak bercakap dengan orang yang payah faham ni.
brona[bč.nA]kata kerjaberkenaan kanak-kanak, kenderaan dan lain-lain yang meragam, buat hal.Budok kecek kalu deme brona slalu.[bu.d/ k«.tSi/ kA.lu d«.mE bč.nA slA.lu]Budak kecil kalau demam, terus meragam.
be dengabE) d«.NA] mendengar dengan teliti dan berhati-hati (secara rahsia).Acu be denga ore dok kecek bowoh rumoh.[A.tSu bE) d«.NA .ÄE d/ k:E.tSE/ b:.wh Äu.mh]Cuba dengar dengan teliti orang bercakap di bawah rumah.
12

Kembali ke atas