Definisi : sj alat drpd keluli yg bergerigi halus pd permukaannya atau tepinya dan digunakan utk mengikis (melicinkan, mengasah, memotong dsb) besi dll; ~ belah rotan kikir yg satu permukaannya melengkung atau berbentuk separuh silinder; ~ pari a) kikir yg dibuat drpd kulit pari; b) orang yg kedekut; ~ parut sj kikir yg tajam-tajam geriginya (utk mengikis kayu, kulit, dll); ~ pari belulang kering direndam tujuh hari tak basah prb a) orangyg degil atau kedekut; b) orang yg kuat (berkuasa) yg tidak boleh dipengapakan; berkikir 1. telah dikikis (dilicinkan) dgn kikir; 2. tidak licin (bkn kulit), berkerut-kerut, berkedut-kedut; mengikir melicinkan (mengikis dll) dgn kikir: ~ kepingan keluli; kikiran serbuk sesuatu yg dikikir, tahi kikir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : alat drpd keluli yg permukaannya atau tepinya bergerigi halus (biasanya digunakan utk melincinkan besi dll): ~ belah rotan; ~ pari. mengikir melicinkan atau mengikis besi dll dgn kikir. kikiran serbuk yg keluar apabila mengikir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)