Definisi : bunyi ayam jantan yg berlarut-larut (biasanya pd waktu subuh): ~ ayam bertalu-talu membangkitkan orang tidur; ~ ayam (sekali) dinihari, subuh benar (ketika terdengar kokok ayam yg mula-mula); (bagai ayam si tombong) ~ berderai-derai ekor bergelumang tahi prb orang yg bersikap sombong (bercakap besar) sedangkan saudara-maranya hidup melarat; berkokok 1. berbunyi berlarut-larut (bkn ayam jantan): kedengaran bunyi ayam jantan ~ sahut-menyahut; 2. ki mengucapkan kata-kata sbg tanda kegagahan (kemenangan); kokokan kokok: ~ ayam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)