Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.rang.ku.rang] | کورڠ٢

Definisi : 1. sekiranya kurang (tidak cukup atau memadai), jika tidak: ~ laku barang ini rugi besar nanti; 2. sangat kurang, makin kurang: ~ dikerah orang, lebih-lebih ia hendak datang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kurang
1. Bersinonim dengan belum cukup
( tidak sampai)
(kata tugas:)
Berantonim dengan lebih cukup

2. Bersinonim dengan potong
( tolak, diskaun, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan tidak berapa
( tidak begitu, tidak cukup, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan cacat
( cela)
(adjektif:)
Berantonim dengan sempurna

Kata Terbitan : kurang-kurang, sekurang-kurangnya, berkurang, berkurangan, mengurang, mengurangi, mengurangkan, memperkurang, kekurangan, pengurangan,

Puisi
 

Kurang bulat sembayan sakar,
     Akan membubur si kacang gadung;
Tanah bersukat jangan diekar,
     Kalau diekar siapa yang tanggung?


Lihat selanjutnya...(52)
Peribahasa

Kurang sisik,
     tinggal lidi di buku;
selidik,
     tinggal kaji di guru.

Bermaksud :

Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu, b. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang). sisik = menyisik, membuang sisik; di guru = pada guru.

 

Lihat selanjutnya...(87)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kemaca[k«.mA.tSA]kata adjektiftidak berkualiti, kurang bermutu.Bare hok kemaca lagu tu, cepak punoh.[bA.ÄE h/ k«.mA.tSA lA.gu tu tS«. pA/ pu.nh]Barang yang kurang bermutu macam tu, cepat rosak.
kure saro[ku.ÄE sA.č] kurang waras.Jange dok wak kiro denge ore kure saro tu.[dZA.NE do/ wA/ k:i.č d«.NE .ÄE ku.ÄE sA.č tu]Jangan ambil kira dengan orang kurang waras tu.
kongo[k.N]kata adjektifberkenaan tidak bermaya (kerana tidak cukup tidur, kurang makan), tidak cergas, letih.Mung napok kongo ari ni, tok cukop tido koh.[muN nA.p/ k.N A.Äi ni t/ cu.ko/ ti.do kh]Kamu nampak tak bermaya saja hari ni, tak cukup tidurkah?
gabah-gabah[gA.bAh.gA.bAh]kata adjektifala kadar dalam membuat sesuatu (asal siap), lebih kurang, secara kasar.Pok Ka wak wa tu gabah-gabah jah.[p/ kA wA/ wA tu gA.bAh.gA.bAh dZAh]Pak Bakar buat wau tu secara ala kadar saja.

Kembali ke atas