getuh | [g«.tuh] | kata kerja | memetik buah, bunga, pucuk dan lain-lain daripada pokoknya. | Jange dok getuh gak bungo dale paga ore tu. | [dZA.NE do/ g«.tuh gA/ bu.N dA.lE pA.gA .ÄE tu] | Jangan petik bunga di halaman orang tu. |
lek | [le)/] | kata kerja | mengelak daripada terkena pukulan, tikaman dan lain-lain. | Mujo aku de lek, kalu tidok parok keno behe. | [mu.dZo A.ku dE le)/ kA.lu ti.d/ pA.Ä/ k«.n bE.hE] | Mujur aku sempat mengelak, kalau tak teruk kena pukul. |
bradu | [bÄA.du] | kata kerja | berhenti daripada melakukan sesuatu (tentang pekerjaan dan lain-lain), berehat. | Kalu tok cekak gak, bradulah dulu. | [kA.lu t/ tSE.kA/ gA/ bÄA.du.lAh du.lu] | Kalau rasa tak larat, berhentilah dahulu. |
pedeka pulok | [p«.dE.kA pu.lo/] | | orang yang mempunyai keahlian (silat dan lain-lain) yang mengambil kesempatan untuk mendapat rezeki daripada pengetahuannya itu. | Kalu kito nok tengok ore silak molek gak, kito jepuk pedeka pulok la. | [kA.lu ki.t n/ tE.N/ .ÄE s:i.lA/ m.lE/ gA/ ki.t dZ«.pu/ p«.dE.kA pu.lo/ lA] | Kalau kita nak tengok gaya silat yang terbaik, kita jemput pendekar pulutlah. |
tuwok mase | [tu.w/ mA.sE] | | sejenis minuman yang dibuat daripada nira (kelapa, enau dan lain-lain) yang memabukkan. | | | |
srekak | [sī.kA/] | kata nama | pengait daripada buluh yang bahagian hujungnya dibentukkan seperti sangkar untuk mengambil buah (seperti buah cermai, duku dan lain-lain) supaya buah tidak jatuh ke tanah. | Kakok kaek buwoh crema guno srekak. | [kA.k/ kAe/ bu.wh tSī.mA gu.n sī.kA/] | Kakak mengait buah cermai dengan menggunakan serekak. |
ranya | [ÄA.øA] | kata kerja | 1. mengambil makanan dengan menggunakan tangan daripada hidangan secara sesuka hati; ranga, rawo. | Jange dok ranya gak dale pingge ore, tok baek. | [dZA.NE do/ ÄA.øA gA/ dA.lE piN.gE .ÄE t/ bAe/] | Jangan mengambil makanan secara sesuka hati daripada pinggan orang lain, tak baik. |
reng | [ÄeN] | kata nama | tenaga, kudrat. | Reng diyo kuak pado ore laeng, pasa diyo make makjong. | [ÄeN di.j ku.wA/ pA.d .ÄE lAeN pA.sA di.j mA.kE mA/.dZoN] | Tenaga dia lebih kuat daripada orang lain sebab dia makan makjun. |
borak | [b:.ÄA/] | kata kerja | merebak daripada satu tempat ke satu tempat yang lain (berkenaan penyakit kulit, luka), menjalar, menular. | Kudih hok tumboh kaki diyo tu borak alah ko poho pulok. | [ku.dih h/ tum.boh k:A.ki di.j tu b:.ÄA/ A.lAh k p.h | Kudis yang tumbuh di kaki dia tu merebak ke bahagian paha pula. |