Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lembu

Puisi
 

Lembu siapa tambat di pantai,
     Punca tali di pokok asam;
Ilmu siapa adik pakai,
     Senyum sekali manis tang malam.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Kerbau (= lembu) tanduk panjang,
     tiada menanduk pun dikata orang menanduk juga.

Bermaksud :

Orang yang sudah terkenal kejahatannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kerbau runcing tanduk).

 

Lihat selanjutnya...(14)

313

Let sleeping dogs lie

Jangan sengaja mencari susah dengan mengganggu sesuatu atau seseorang yang boleh mencetuskan masalah.

Lembu dogol jangan dibalun

Why should your bother them when they don't bother you? Let sleeping dogs lie. We don't want them to ruin our trade which is just booming.

Mengapa awak harus mengganggu mereka sedangkan mereka tidak pula mengganggu awak? Lembu dogol jangan dibalun. Kita tidak mahu mereka merosakkan perniagaan kita yang baru berkembang naik.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
sedok[sE.d)Ö]kata kerjamenanduk (berkenaan lembu, kerbau dan lain-lain).Gi la dekak lembu jate tu, nyo sedok ko diyo gak.[gi lA d«.kA/ l«m.bu dZA.tE tu ø sE.d))Ö k di.j gA/]Pergilah dekat lembu jantan tu, nanti ditanduknya.
ba[bA]kata namabuah pinang yang digunakan untuk diletakkan tali pada hidung lembu atau kerbau supaya tidak tercabut.Ba hok ayoh buboh kak idong lembu tu, pecoh doh.]Buah pinang yang ayah pasang pada hidung lembu tu, pecah dah.
pelunggo[p«.luN.go]kata namakayu yang dipacakkan ke tanah (untuk mengikat lembu dan lain-lain), ancang, tunggul.Unje pelunggo lembu tu kuak, lucuk ke.[un.dZE p«.luN.go l«m.bu tu k:u.wA/ l:u.tSu/ kE]Pacakkan pancang lembu tu kuat-kuat, nanti terlucut.
lembu kenye[l«m.bu k«.øE] tidak peduli, tidak endah.Mamak tu kalu anok diyo sakek pong, diyo buwak lembu kenye jah.[mA.mA/ tu kA.lu A.n/ di.j sA.ke/ poN di.j bu.wA/ l«m.bu k«.øE dZAh]Mamat tu kalau anaknya sakit pun, dia buat tak peduli saja.
puing[p:uiN]kata kerjameronta-ronta (untuk melepaskan diri), berpusing-pusing.Lembu tu puing nok lari maso ore igak diyo.[l«m.bu tu p:uiN n/ lA.Äi mA.s .ÄE i.gA/ di.j]Lembu tu meronta-ronta nak lari ketika orang ramai hendak menangkapnya.
lombe[lm.bE]kata adjektiftergantung-gantung seperti kelambu, sauh dan lain-lain.Tekok lembu tu lombe, pasa banyok lemok.[t«.k/ l«m.bu tu lm.bE pA.sA bA.ø/ l«.m/]Leher lembu tu nampak tergantung-gantung kerana banyak lemak.
polek I[p.lE)/]kata kerjamelilit (tentang tali, ular dan lain-lain), belit, melingkar.Ayoh polek lagu mano tali lembu tu, sapa tok leh buko.[A.jh p.lE)/ lA.gu mA.n tA.li l«m.bu tu sA.pA t/ leh bu.k]Ayah belit macam mana tali lembu tu, sampai tak boleh buka.
   2. kenderaan tanpa roda yang diikat pada tengkuk lembu atau kerbau untuk membawa barang.Lo ni ore tok guno nuwa kalu nok akok padi.[l: ni .ÄE t/ gu.n n:u.wA kA.lu n/ A.ko/ pA.di]Sekarang ni, orang dah tak guna nuwa lagi kalau nak angkut padi.
bong[bN]kata namagelanggang perlawanan (ayam, lembu, gasing dan lain-lain).Mamak lepah gasing dale bong.[mA.mA/ l«.pAh gA.siN dA.lE bN]Mamat lepas gasingnya dalam gelanggang.
cuk[tSu/]kata kerjamelepaskan sesuatu (berkenaan tali wau, tali lembu dan lain-lain) supaya dapat bergerak lebih bebas (tetapi masih dalam ikatan).Mung cuk molek la tali wa tu, baru wa mung naek tinggi.[muN tSu/ m:.lE/ lA tA.li wA tu bA.Äu wA muN nAe/ tiN.gi]Kamu lepaskanlah tali wau tu, baru wau kamu naik tinggi.
12

Kembali ke atas