Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. singkatan bagi emak; sudah boleh jadi ~ budak sudah cukup besar dan dewasa utk menjadi seorang ibu; 2. panggilan atau sebutan utk orang perempuan yg lebih tua (yg ada hubungan kekeluargaan atau yg kerana umurnya patut dipanggil ibu): ~ andam a) perempuan yg mengandam (me­mepat serta mencukur rambut di dahi) pe­ngantin perempuan; b) perempuan yg kerja­nya menghias pengantin perempuan; ~ ang-kat = ~ pungut Id perempuan yg mengambil serta memelihara anak orang spt memelihara anaknya sendiri, ibu angkat; ~ bonda perem­puan tua yg berlagak spt orang muda; ~ bongsu (cu, su, usu) adik perempuan kpd ibu atau kpd bapa yg bongsu; ~ buyung a) perempuan yg suka bercerita (terutama kpd kanak-kanak); b) sebutan kpd perempuan hamil; c) barua, muncikari, jaruman, pinang muda; ~ cik (kecil) a) mak muda, bibi; b) panggilan kpd perem­puan (yg bukan berkeluarga dgn kita) yg sudah separuh umur; ~ kopek (tetek) inang pengasuh; ~ labu perempuan yg sedang mengandung; ~ long emak saudara yg sulung; ~ mek Kd isteri; ~ mentua ibu kpd isteri atau suami; ~ muda (da, uda) a) adik perempuan ibu atau bapa, mak kecil; b) isteri yg muda; ~ nam singkatan dr sebutan mak andam; ~ ngah (tengah) sau­dara perempuan ibu atau bapa yg tengah; ~ nyah bp panggilan kpd golongan pondan; ~ saudara saudara perempuan ibu atau bapa; ~ tiri ibu tiri; ~ tua (wa) a) saudara perempuan ibu atau bapa yg lebih tua; b) isteri bapa yg tua; emak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Mn mamak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 kep drpd emak; ibu. 2 panggilan kpd perempuan yg lebih tua atau yg patut dipanggil ibu. ~ andam perempuan yg menghias atau mengandam pengantin perempuan. ~ angkat perempuan yg mengambil anak orang dan memeliharanya spt anak sendiri. ~ bonda perempuan yg sudah berumur tetapi berlagak spt orang muda. ~ mentua ibu kpd suami atau isteri sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mak

Puisi
 

Ngiau-ngiau kucing di rakit,
     Nak makan jeruk belimbing;
Mak! Mak! Tunangku sakit,
     Nak mengintai di balik dinding.


Lihat selanjutnya...(18)

Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bidi[bi.di]kata kerjamendidik (dengan lemah lembut dan kasih sayang), membimbing, menunjuk ajar.Mok bidi mung jok kecek lagi, sapa besa mung nok lawe mok. Mak didik kamu sejak kecil lagi, bila dewasa kamu nak lawan mak.
geba[g«.bA]kata kerjamenganyam.Mok panda geba tika.[m/ pAn.dA g«.bA ti.kA]Mak pandai menganyam tikar.
stange iseh[stA.NE i.seh] kain yang dililit pada kepala yang dipakai oleh pengantin lelaki atau anak raja, destar, tengkolok, tanjak.Pok Mak jah tahu wak stange isih anok truno.[p/ mA/ dZAh tA.hu wA/ stA.NE i.seh A.n/ tÄu.n]Pak Mat sahaja yang tahu membuat tengkolok untuk pengantin lelaki.
jilah[dZ:i.lAh]kata adjektifbersih daripada segala kekotoran, cuci.Mok basoh pingge sapa jilah.[m/ bA.soh piN.gE sA.pA dZ:i.lAh]Mak basuh pinggan sehingga bersih.
suku[s:u.ku]kata kerjabercerai, berpisah.Mok ambo suku doh denge ayoh ambo.[m/ Am.b s:u.ku dh d«.NE A.jh Am.b]Mak saya dah bercerai dengan ayah saya.
gotu[g:o.tu]kata namakata kiasan yang digunakan untuk merujuk pada benda, barang, perkara, binatang, orang.Mok sipe gotu mano?[m/ si.pE g:.tu m:A.n]Mak simpan benda tu di mana?
ngele[N:E.lE]kata kerjamenghadiri majlis perkahwinan.Mok gi ngele rumoh Leba We ari nih.[m/ gi N:E.lE Äu.mh l«.bA wE) A.Äi nih]Mak pergi menghadiri jemputan kahwin di rumah Lebai We hari ni.
bocong[b.tSN]kata namabekas menyimpan air panas (supaya tahan lebih lama), termos.Mok buboh ae panah dale bocong.[m/ bu.boh Ae pA.nAh dA.lE b.tSN]Mak bubuh air panas ke dalam termos.
genjok[g«n.dZ/]kata kerjamemukul telur dengan menggunakan alat pemukul telur.Mok genjok telo nok buwak buoh ulu.[m/ g«n.dZ/ t«.l n/ bu.wA/ bu.wh u.lu]Mak memukul telur nak buat kuih baulu.
penuh lite][p«.nuh l:i.te] terlampau penuh hingga melimpah.Mok buboh ae dale paye sapa penuh lite.[m/ bu.boh Ae dA.lE p:A.jE sA.pA p«.nuh l:i.te]Mak memasukkan air ke dalam tempayan sampai melimpah.
123

Kembali ke atas