[me.lang.gar] | ملڠݢر
Definisi : 1. merempuh, melanda, melanyak: seorang kanak-kanak telah mati dilanggar kereta api; 2. mendatangi (utk menguasai, memusnahkan, dsb), melanda, menyerang: bukannya musuh akan ~ melainkan adapun sebab beta memanggil orang besar-besar kerana putera beta ini hendak pergi berburu; Melaka pd masa itu sudah dikalahkan oleh Peringgi yg juga sering ~ Johor, negeri pelarian raja-raja Melaka; 3. tidak patuh pd (undang-undang dll), menyalahi, melawan, menentang: orang yg ~ undang-undang boleh didakwa di mahkamah; lalu lintas tidak mengikut undang-undang, malah lampu merah pun dilanggar; ~ sumpah tidak menepati sumpah atau melakukan sumpah bohong; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.lang.gar] | ملڠݢر
Definisi : 1 merempuh; melanda: Keretanya yg terbabas telah ~ sebuah kedai runcit di tepi jalan. 2 menyerang; menyerbu: Askar-askar Belanda telah ~ kota Melaka. 3 menyalahi atau menentang undang-undang (peraturan, hukum dll): Dia telah dibuang kerja kerana ~ tatatertib bekerja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)