Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.le.ta/.kan] | ملتقکن

Definisi : 1. menempatkan (pd), me­ngenakan (pd), membubuh (ubat dll): dgn segera perempuan itu ~ bungkusan yg dijunjungnya di atas sebuah batu hampar; kanak-kanak itu diletakkan di bawah kawal­an pegawai akhlak; 2. memasukkan (dlm): pantai Bagan Datok dan Lumut mungkin diletakkan dlm kawasan keselamatan sbg langkah berjaga-jaga; 3. ki melepaskan (perkhidmatan dll), meninggalkan; ~ jawatan berhenti drpd memegang sesuatu jawatan; ~ senjata menamatkan peperangan; 4. memberi, menganugerahkan, menghadiah­kan: maka Sultan Mansor Shah menyuruh memanggil Hang Tuah diberi baginda persalin serta diletakkanlah oleh baginda nama Laksamana; 5. sl menentukan, menetap­kan: syahadan bagindalah yg pertama ~ kekuningan larangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.ta/.kan] | ملتقکن

Definisi : 1 menempatkan sesuatu; membubuh: Emaknya ~ hidangan itu di atas meja. 2 melepaskan perkhidmatan; meninggalkan: Ia ~ jawatannya dlm bulan Januari 1972. ~ senjata berhenti berperang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
letak (kata nama)
Bersinonim dengan duduknya, kedudukan, tempatnya, keadaan, diamnya, posisi;,
Kata Terbitan : meletakkan, terletak,

Peribahasa

Menengadah membilang layas,
     menungkup membilang lantai.

Bermaksud :

Fikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu. layas = bilah tempat meletakkan atap.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
jirek[dZi.Äe/]kata kerjameletakkan kaki pada sesuatu, pijak.Jange dok jirek gak tepak anok sema ore tu.[dZA.NE do/ dZi.Äe/ gA/ t«.pA/ A.n/ s«.mA .ÄE tu]Janganlah pijak di tempat anak semaian orang tu.
jabo[dZ:A.bo]kata adjektifberkenaan meletakkan sesuatu dalam keadaan sembarangan, rambang.Ore tu teba jalo jabo jah.[.ÄE tu tE.bA dZA.l dZ:A.bo dZAh]Orang tu menebar jala secara rambang saja.
rembak[ÄEm.bA/]kata tugasagak-agak.Kok rembak tu bakali diyo letok kaeng mung.[ko/ ÄEm.bA/ tu bA.kA.li di.j l«.t/ kA.eN muN]Agak-agak di situlah barangkali dia meletakkan kain kamu.

Kembali ke atas