Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.li/.kan] | ممباليقکن

Definisi : 1. memulangkan, mengembalikan: ia menyuruh ~ wang itu; 2. mengubah letak atau arah sesuatu kpd yg berlawanan dgn asalnya atau sebelumnya: kerja ~ semula perahu pulai itu bukanlah perkara yg sukar; 3. menyebabkan berubah (bertukar dsb) sama sekali: mengapa kau ~ hatiku dan menampal kulit babi di mukaku? 4. menghantar kembali, melantunkan: lantai, siling, dan dinding dibina drpd bahan-bahan padu dan ini akan ~ semua bunyi yg memukulnya; ~ kepala melihat ke belakang; ~ muka memalingkan muka; ~ perkataan membelitbelitkan perkataan; ~ punggung membelakangi, tidak mahu melihat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.li/.kan] | ممباليقکن

Definisi : 1 memberikan sesuatu kpd tuannya kembali; memulangkan; mengembalikan: Saya hendak ~ buku yg saya pinjam dr perpustakaan tempoh hari. 2 mengubah arah sesuatu ke arah asalnya: Cermin ~ cahaya dgn sekata kerana permukaan cermin licin dan gilap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membalikkan


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
paha[pA.hA]kata namasejenis alat untuk menggemburkan dan membalikkan tanah, mata tenggala.Kalu kito nok galo tanoh, kito keno pege paha molek, baru jadi.[kA.lu ki.t n/ g:A.l tA.nh ki.t k«.n p«.gE pA.hA m:.lE/ bA.Äu dZ:A.di]Kalau kita nak membajak sawah, kita kena pegang mata tenggalanya betul-betul, baru menjadi.
naye[nA.jE]kata namasejenis alat yang digunakan untuk menggemburkan dan membalikkan tanah, mata tenggala.Naye ambo patoh, pasa tu ambo tok gi galo.[nA.jE Am.b pA.th pA.sA tu Am.b t/ gi g:A.l]Mata tenggala saya patah, sebab tu lah saya tak pergi menenggala.

Kembali ke atas