Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.ri] | ممڤري

Definisi : mengikut apabila ditarik atau ditekan tetapi berbalik kpd bentuknya yg asal apabila dilepaskan; menganjal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mem.be.ri] | ممڤري

Definisi : 1 menyebabkan seseorang menerima sesuatu: Ia ~ anak-anaknya wang saku. 2 tidak menghalang; membenarkan: Emak tidak ~ saya bermain-main di tepi kolam itu. 3 menyebabkan mendapat atau terkena sesuatu: Kita mesti berkelakuan baik dan jangan sekali-kali ~ malu kpd orang tua kita. 4 memasangkan, melekatkan dsb sesuatu pd: Alat itu diberi bertangkai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memberi

Puisi
 

Yang berlari sangat pantas,
     Yang menang sangat bertuah;
Yang memberi tangan di atas,
     Yang menerima tangan di bawah.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Memberi bunga kepada kera (monyet).

Bermaksud :

Memberikan sesuatu kepada orang yang tidak tahu menggunakannya. (Bandingkan dengan: a. Bagai kera diberi kaca, b. Kera dapat bunga).

 

Lihat selanjutnya...(58)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
honyoh[h.øh]kata kerjamemberi sesuatu dengan cara yang tidak sopan atau kasar.Buwi molek gak, jange dok honyoh gitu.[bu.wi m:.lE/ gA/ dZA.NE do/ h.øh g:i.tu]Berilah dengan sopan sikit, jangan kasar begitu.
patak sipuk[pA.tA/ si.pu/] pangkal garis-garis dan pusar pada hujung jari tangan yang memberi gambaran kepandaian seseorang (seperti menjahit, melukis dan lain-lain).Patok diyo manda, pasa diyo ado patak sipuk.[pA.to/ di.j m:An.dA pA.sA di.j A.d pA.tA/ si.pu/]Patutlah dia pandai melakukan sesuatu, ada tanda pusar pada tapak tangannya.

Kembali ke atas