Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngi.kat] | مڠيکت

Definisi : 1. melilit-lilitkan dan menyimpulkan tali dll pd anggota (dll) haiwan atau orang (supaya tidak dapat melarikan diri) atau pd bungkusan (kumpulan dll) barang supaya tidak terburai dsb, membuat jadi berikat dgn tali dll, membebat, memberkas: bungkusan barang yg hendak dikirimkan ke luar negeri itu perlu diikat pula; 2. ki memaksa (seseorang atau sesuatu) supaya patuh kpd segala peraturan (syarat, kehendak, dsb) yg tertentu, membelenggu, mengongkong: undang-undang dan peraturan yg ~ kebebasan seseorang; 3. menyusun, mengarang (syair, pantun sajak, dll); 4. mengatur atau menyusun pasukan (barisan dll); ~ perang mengatur pasukan-pasukan dlm peperangan; 5. memberi berbingkai (batu permata dll), menyalutkan (dgn emas dll): ~ batu akik dgn suasa; 6. memakai, memasang: ~ kain; ~ serban; ~ tali leher; ~ tengkolok; 7. membuat: mereka telah ~ perjanjian utk mengenakan pemulauan ekonomi; ~ hati (perhatian) menarik hati (perhatian); ~ jamin memberi jaminan (supaya orang yg dituduh dapat bebas sehingga dibicarakan); ~ janji berjanji (menguatkan janji); ~ jiwa a) menarik hati; b) merayukan hati; ~ perkenalan berkenalan; ~ (tali) pertunangan bertunang; ~ perut mengurangkan makan kerana susah; ~ tali persahabatan bersahabat; bagai diikat dgn sehasta tali prb tidak dapat berbuat sekehendak hati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngi.kat] | مڠيکت

Definisi : 1 membuat jadi berikat (dgn tali dll); membebat; memberkas: Dia ~ kepalanya dgn sapu tangan sbg ganti kopiah. ~ tangan pencuri. 2 memberi berbingkai (bkn batu permata dsb); membuat jadi berbingkai: ~ intan dgn suasa. 3 ist menjadikan sesuatu dlm bentuk yg stabil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ikat (kata nama)
1. Dalam konteks alat
bersinonim dengan tali, benang, kain,

2. Bersinonim dengan berkas: kumpulan, gabungan,

Kata Terbitan : berikat, mengikat, terikat, ikatan, perikatan, pengikatan, pengikat,

Puisi
 

Putus tali mengikat tangga,
     Mari diikat tali mengkuang;
Putus hati pandang ke janda,
     Kerana janda anak seorang.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Angan-angan mengikat tubuh.

Bermaksud :

Besusah hati kerana memikirkan perkara yang bukan-bukan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kilah[ki.lAh]kata kerjamengikat kain pelikat dengan cara menggulung di pinggang.Kilah kaeng tu molek sikik, lamo ke jatoh, malu mung.[ki.lAh kAeN tu m:.lE/ si.ki/ lA.m kE dZA.toh mA.lu muN]Ikat kain tu elok-elok sikit, kalau jatuh, malu kamu.
kacik[kA.tSi/]kata kerjamengikat.Kacik molek sikik prahu tu, anyuk ke.[kA.tSi/ m:.lE/ si.ki/ pÄA.hu tu A.øu/ kE]Ikat elok-elok perahu tu, nanti hanyut.
krejong[kÄ«.dZoN]kata kerjamemegang supaya tidak lari, memberkas, mengikat (bergerak dsb).Ore curi tu tok leh lari doh pasa keno krejong ko tuwe rumoh.[.ÄE tS:u.Äi tu t/ leh lA.Äi dh pA.sA k«.n kÄ«.dZoN k tu.wE Äu.mh].Pencuri tu sudah tidak boleh lari kerana diberkas oleh tuan rumah.
pelunggo[p«.luN.go]kata namakayu yang dipacakkan ke tanah (untuk mengikat lembu dan lain-lain), ancang, tunggul.Unje pelunggo lembu tu kuak, lucuk ke.[un.dZE p«.luN.go l«m.bu tu k:u.wA/ l:u.tSu/ kE]Pacakkan pancang lembu tu kuat-kuat, nanti terlucut.
kemah keming[k«.mAh k«.miN] keadaan ikatan atau tutupan yang terlalu kuat dan susah hendak ditanggalkan atau dicabut.Jusoh ikat tali tiye tu kemah keming sapa tok leh nok cabut.[dZu.soh i.kA/ tA.li t:i.jE tu k:«.mAh k«.miN sA.pA t/ l«h n/ tSA.bu/]Jusuh mengikat tali di tiang tu terlalu kuat hingga tidak boleh dicabut.

Kembali ke atas