Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngi.kut] | مڠيکوت

Definisi : 1. pergi bersama-sama dgn, menurut, mengiring, menyertai (di belakang): budak itu ~ ayahnya ke hutan memikat burung; ramai budak yg ~ perarakan itu; 2. meniru, mencontohi: kanak-kanak biasanya mudah ~ kelakuan ibu bapanya; tahun ini ramai orang kampung yg ~ Amin menanam padi dua kali setahun; 3. mematuhi (perintah, nasihat, dll), menganut (ajaran, faham): dgn mudah, kedua-dua orang itu ~ perintah saya; sebahagian besar penduduk negeri itu ~ Mazhab Syafii; 4. melalui (jalan dll): orang kampung itu pergi ke bandar terpaksa ~ sungai dgn menggunakan perahu; dia sampai dahulu kerana dia ~ jalan yg dekat; 5. menurut, sesuai dgn, selaras dgn: contoh jentera yg dibuat ~ skala 1 inci; ~ teori Darwin, manusia itu berasal drpd beruk; suaranya keluar teratur ~ irama muzik; ~ hati menurut kehendak hati; ~ jejak meniru perbuatan orang yg dahulu; ~ telunjuk mematuhi, ikut telunjuk; bagai tekukur ~ kata prb anak angkat yg mengikut kata (dapat diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkat); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngi.kut] | مڠيکوت

Definisi : 1 pergi bersama-sama; mengiring; mengekor di belakang: Kalau boleh, saya hendak ~ ayah ke Kuantan. 2 turut berbuat sesuatu; meniru: Apabila dia bertanam sayur di belakang rumahnya, banyak pula jiran yg ~nya. 3 menerima dan menurut sesuatu perintah dll; menerima dan mempercayai sesuatu ajaran dll; mematuhi; menganut: Kita hendaklah ~ nasihat orang tua-tua. Kebanyakan orang Islam di sini ~ mazhab Syafie. 4 berjalan dll dgn menggunakan jalan tertentu; melalui jalan tertentu: Mereka turun ke bandar ~ sungai. 5 menurut; berasaskan: Peta ini dilukis ~ skala. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Basikal Jepun basikal joli,
     Dibawa di simpang tiga;
Hendak mengikut tidak berani,
     Takut ditinggal tengah jeraya.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Bagai tekukur mengikut kata.

Bermaksud :

Anak angkat yang boleh diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkatnya.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
rolek[č.le/]kata namakebiasaan yang selalu dilakukan mengikut budaya setempat, kelaziman.Rolek kito ore klate, pitih blanjo nikoh buleh ko hok tino semo.[č.le/ ki.t .ÄE klA.tE pi.tih blAn.dZ n:i.kh bu.leh k h/ t:i.n s:«.m]Mengikut kebiasaan orang Kelantan, wang hantaran perkahwinan akan jadi milik pengantin perempuan keseluruhannya.
dekcok I[dE/.tS/]kata namasejenis permainan tradisional kanak-kanak yang dilakukan secara melompat-lompat menggunakan sebelah kaki mengikut petak-petak tertentu, tenteng.Maso kecik-kecik dulu, ambo brehi bena maeng dekcok.[mA.s k«.tSi/.k«.tSi/ du.lu Am.b bÄE.hi b«.nA mAeN dE/.tS/]Masa kecil-kecil dulu, saya sangat gemar bermain melompat sebelah kaki.
ngonek[N:.nE/]kata kerjaikut dari belakang (secara berderetan).Anok itek tu ngonek ikok mok diyo.[A.n/ i.te/ tu N:.nE/ i.ko/ m/ di.j]Anak itik tu mengikut dari arah belakang ibu dia.
tekek[t:E.kE/]kata kerjaberkembar dan melekat.Ore tuwo kato, ore tino tok leh make pise hok tekek.[.ÄE tu.w kA.t .ÄE t:i.n t/ leh mA.kE pi.sE h/ t:E.kE/]Mengikut kata orang tua, orang perempuan tak boleh makan pisang yang melekat.
ere[E.ÄE]kata namakehendak, keinginan, kemahuan.Limoh gak ikok ere blako gapo anok diyo nok, pasa tu anok diyo besa palo.[li.mh gA/ i.ko/ E.ÄE blA.k g:A.p A.n/ di.j n/ pA.sA tu A.n/ di.j b«.sA p:A.l]Halimah selalu mengikut semua kemahuan anaknya, sebab tulah anaknya jadi besar kepala.

Kembali ke atas