Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngi.ring] | مڠيريڠ

Definisi : 1. dgn lambung (sisi) dihadapkan kpd sesuatu (orang dll): duduknya tidak berhadapan lagi dgn aku, tetapi ~; 2. di atas sisi (samping): letakkan botol itu ~; 3. berbaring di atas sisi (lambung): puas menelentang ia ~, puas ~ ia meniarap; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngi.ring] | مڠيريڠ

Definisi : 1. menemani utk mengawal dll, menyertai, mengikuti: hulubalang yg ~ Bendahara itu ialah Sang Setia, Sang Naya dan Sang Guna; 2. berlaku (terdapat) berserta atau berikutan dgn, me­nyertai, mengikuti: letupan yg dahsyat itu diiringi oleh dua letupan lagi; catatan yg mengiringi karya-karya mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngi.ring] | مڠيريڠ

Definisi : 1 menghalakan sisinya ke depan: Ketika bergambar tadi, dia duduk ~. 2 berbaring di atas sisi atau lambungnya: Puas meniarap, dia ~, puas ~, dia menelentang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.ngi.ring] | مڠيريڠ

Definisi : berjalan dsb bersama-sama: Dia ~ saya ke sana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengiring


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
nyenggeng[ø:EN.gEN]kata adjektifberkenaan tidur dalam keadaan mengiring.Diyo tido nyenggeng pasa sakek dado.[di.j ti.do ø:EN.gEN pA.sA sA.ke/ dA.d]Dia tidur mengiring kerana sakit dada.

Kembali ke atas