Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyam.bar] | مڽامبر

Definisi : 1. menangkap (dgn paruh, cakar, dll) sambil terbang, menangkap (mangsa) dgn cepat: helang ~ anak ayam; haruan ~ anak; 2. menangkap (merampas, menyamun, menyerang, dll) dgn cepat: disambarnya wang yg ada dlm genggaman saya; baginda terkejut lalu disambarnya pedang panglima itu; 3. menjilat dgn cepat (api), memanah atau mengenai (kilat, peluru, dll): api itu dgn bengisnya ~ minyak, me-rosakkan harta benda; cepat spt kilat ~; sebuah lori hampir ~ becanya dr belakang; 4. ark mencelah atau menyampuk (orang sedang bercakap) dgn cepat: “Tapi apa?” merinyu ~; 5. ki mengambil kesempatan tanpa teragak-agak: yg penting ialah kemampuan utk ~ kesempatan; ayam tambat disambar helang, padi ditanam tumbuh lalang prb nasib yg malang (buruk) sekali; bagai ayam disambar helang prb mati tanpa sakit; pantang helang dgn ayam, lambat-laun disambar juga prb mudah menimbulkan sesuatu yg tidak baik kalau didekatkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyam.bar] | مڽامبر

Definisi : 1 menangkap dgn paruh atau dgn kuku sambil terbang; menangkap mangsa dgn cepat: Helang ~ ayam. 2 melakukan sesuatu (spt menyamun) dgn kasar dan cepat: Pemuda itu ~ pisau dr tangan orang gila itu. 3 membakar dgn cepat; mengenai sesuatu (bkn petir dll): Halilintar ~ batang kelapa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sambar
Kata Terbitan : menyambar, sambaran, penyambar,

Puisi
 

Cantik menyambar bagai dipeting,
     Hujan menitik tepi pagar;
Tahan hempas tahan banting,
     Tahan dititik tahan dibakar.


Lihat selanjutnya...(11)

Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
sewoh[sE.wh]kata kerjamenyambar (berkenaan burung helang).Burong le tu june turong sewoh anok aye pade.[bu.ÄoN l:E tu dZ:u.nE tu.ÄoN sE.wh A.n/ A.jE p:A.dE]Burung helang tu menjunam lalu menyambar anak ayam di padang.

Kembali ke atas