Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nya.pu] | مڽاڤو

Definisi : memukuli dgn rotan (sbg hukuman). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya.pu] | مڽاڤو

Definisi : 1. membersihkan lantai dgn sapu: ~ lantai; 2. mengesat, menghapuskan, mengusap: sambil mengesat ia ~ air mata-nya; 3. = menyapu-nyapu mengesat-ngesat, menggosok-gosok, mengusap-usap: dilucut-kan kaca matanya, disapu kedua-dua belah matanya; 4. mencecah ke (kerana terlalu tinggi), sampai ke: di dlm gelubur, gemal-gemal padi tersusun hingga ~ alang pondok; 5. melumas (dgn cat, kapur, dll): rumah pengantin itu sedang dibaiki dan disapu cat; 6. melumur (bedak ke muka dll); 7. bp melenyapkan sama sekali (wang dll), me-ngambil habis, membinasakan sama sekali: wangnya habis disapu oleh Cik Rafeah; ~ bersih (licin) mengambil (memperoleh, me-menangi, dsb) kesemuanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya.pu] | مڽاڤو

Definisi : 1 membersihkan sesuatu dgn menggunakan sapu: ~ lantai. 2 mengesat atau mengelap dgn sapu: Dia ~ matanya dgn tuala kecil. 3 melumas sesuatu (dgn): Dia ~ dinding biliknya dgn cat biru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyapu

Puisi
 

Sapu tangan penyapu tangan,
     Menyapu tangan anak Raja Cina;
Lah malang tangan celaka tangan,
     Di dalam tangan diambil orang pula.


Lihat selanjutnya...(9)

Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
selek[sE.lE/]kata kerjamenyapu sesuatu (cat, bedak dan lain-lain), melumur.Abe dok selek cak dindeng.[A.bE do/ sE.lE/ tSA/ d:in.deN]Abang sedang menyapu cat pada dinding.
peleh[pE.lEh]kata kerjamenyapu bedak di muka.Lamo dok peleh bedok muko teh, cepatla sikik.[lA.m do/ pE.lEh b«.d/ m:u.k tEh tS«.pA/.lA si.ki/]Lamanya menyapu bedak di muka, cepatlah sikit.
lesek[lE.sE/]kata kerjamenyapu sesuatu (cat, lumpur dan lain-lain) pada dinding dan lain-lain, mencalit.Ayoh dok lesek cak dindeng.[A.jh do/ lE.sE/ tSA/ d:in.deN]Ayah sedang menyapu cat pada dinding.

Kembali ke atas