Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ra.ta] | مرات

Definisi : 1. (menjadi) rata: matanya terpaku ke permukaan laut yg sekali-kali tersebak dan ~; buah padi yg sedang masak, kuning, dan ~; 2. = merata-rata tersebar (menular) ke mana-mana, pergi ke mana-mana, mere­bak: sebentar saja berita kejadian itu ~lah ke seluruh kampung; beberapa lamanya ia ~ di Eropah; 3. = merata-rata serata, segenap, seluruh, seantero: makanan utk pokok-pokok memang ada sedia hampir-hampir di ~ tempat; lipas didapati di ~ tempat di negeri panas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.ta] | مرات

Definisi : 1 menjadi rata: Permukaan tasik itu kelihatan tenang dan ~ seolah-olah dipepat. 2 tersebar (pergi) ke mana-mana; merebak: Sebentar saja berita kematian pasangan gadis teruna itu ~ ke segenap kampung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rata
1. Bersinonim dengan datar
( papak, papar, tarah, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan sama banyak
( sama adil, dengan saksama, )
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan keseluruhannya
( dengan sekata)
(adverba:)

Kata Terbitan : serata, merata-rata, menyeratakan, rata-rata, merata, merata-rata, meratakan, kerataan, perata,

Puisi
 

Ambil parang pergi menebas,
     Dahannya jatuh merata-rata;
Dulu hamba mergastua bebas,
     Sekarang dijerat si molek jelita.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Menyeladang bagai panas di padang.

Bermaksud :

Sama rata tanpa ada kecualinya. menyeladang = merata.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kokse[k/.se]kata adjektiftidak tentu arah, merata-rata.Kulek pise tu jange dok tohok kokse.[ku.le/ pi.sE tu dZA.NE d/ t.h/ k/.se]Kulit pisang tu janganlah dibuang merata-rata.
rato riti[ÄA.t Äi.ti] merata tempat (berkenaan mencari sesuatu).Kawe cari bok tu rato riti doh tok jupo jugok.[kA.wE tSA.Äi bo/ tu ÄA.t Äi.ti dh t/ dZ:u.p dZu.g/]Saya sudah mencari buku tu di merata tempat, tak jumpa juga.
selebele[sE.lE.bE.lE]kata adjektifberkenaan sesuatu yang diletak merata tempat, tidak teratur, kucar-kacir, tidak tentu hala.Jange dok letok gak pitih selebele lagu ni, keno curi ke.[dZA.NE do/ l«.t/ gA/ pi.tih sE.lE.bE.lE lA.gu ni k«.n dZu.Äi kE]Jangan letakkan wang di merata tempat macam ini, nanti kena curi.
jajak[dZA.dZA/]kata kerjaberjalan ke merata-rata tempat, menjelajah, mengembara.Seli jajak nak-nak keda sebelom diyo beli baju tu.[s«.li dZA.dZA/ nA/.nA/ k«.dA s«.b«.lom di.j b«.li bA.dZu tu]Rusli menjelajah setiap kedai sebelum beli baju tu.
narak[n:A.ÄA/]kata kerjamerebak ke merata tempat (berkenaan api, penyakit kulit dan lain-lain).Api tu narak alah ko rumoh sebeloh pulok.[A.pi tu n:A.ÄA/ A.lAh k Äu.mh s«.b«.lh pu.l/]Api tu merebak ke rumah sebelah pula.
lembe[lEm.bE]kata kerjabersepah-sepah di merata tempat, berselerak; kube, lana.Jange dok lembe gak bare mung tu, tok sedak nengok.[dZA.NE do/ lEm.bE gA/ bA.ÄE muN tu t/ s«.dA/ n:E.N/]Jangan selerakkan barang-barang kamu tu, tak elok dipandang
lana[lA.nA]kata kerjabersepah-sepah di merata tempat, berselerak; kube, lembe.Bakpo mung dok lana kaeng dale bilek tu.[bA/.p muN do/ lA.nA kAeN dA.lE bi.le/ tu]Kenapa kamu sepahkan kain dalam bilik tu.
kube[k:u.bE]kata kerjabersepah-sepah di merata tempat, berselerak; lana, lembe.Jange dok kube gak kain tu, udoh nengok.[dZA.NE do/ ku.bE gA/ kAen tu u.doh n:E.N/]Jangan sepahkan kain tu, tak elok dipandang.
kemboh[k«m.bh]kata adjektifberkenaan sesuatu dalam keadaan bertaburan di merata-rata tempat, berselerak.Tak dok ore tino ko drumoh diyo, napok kemboh sokmo.[tA/ d/ .ÄE t:i.n k dÄu.mh di.j nA.p/ k:«m.bh s/.m]Tak ada orang perempuankah di rumah dia, nampak sentiasa berselerak.

Kembali ke atas